[VIDEO] “Rezeki Aafiyah, kecik2 dah sampai London..” – Gelagat Aafiyah Terujα Ronda-Ronda Kota London

Baru – baru ini, penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto memaklumkan beliau sekeluarga telah bercuti ke luar negara. 

Memilih London sebagai destinasi percutian kali ini, Datuk Siti berkongsi keterujaan kedua – dua anaknya ketika berada di sana. 

Kali ini percutian mereka sekeluarga agak jauh setelah dua tahun tidak berpeluang ke luar negara dan memilih London sebagai tempat percutian mereka.

Video tersebut turut dimuat naik ke akaun Instagram anaknya Siti Aafiyah dimana mereka sekeluarga melawat Kota London. 

Menurut Datuk Siti, cuaca di sana agak baik dan sesuai untuk mereka sekeluarga meronda sekitar Kota London.

Menerusi video tersebut, Aafiyah tidak berpaling muka memandang ke luar tingkap kenderaan saat meronda – ronda menaiki kenderaan tersebut. 

Pada awalnya, hanya Datuk Siti dan dua anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sahaja bertolak ke sana, kemudian barulah suaminya iaitu Datuk Khalid Jiwa bertemu mereka di sana. 

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid)


Meninjau ke ruangan komen, rata –rata warganet turut berkongsi keterujaan serta kegembiraan melihat Aafiyah seronok bercuti di sana. 

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://beritaawani.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*