Dalam diam tak diam, umur anak perempuan pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir, Ana Nayla sudah memghampiri usia 9 bulan. Banyak video dan gambar Nayla dikongsikan oleh Ayda dan Nabil di Media sosial milik Ana Nayla yang diwujudkan khas untuk Nayla.
Sehingga kini pengikut di akaun instagram milik Nayla telah memcecah seramai 108 ribu followers. Walaupun masih kecil tetapi sudah mempunyai pengikut yang sangat ramai yang menunggu perkembangan terkini Ana Nayla.
Meninjau akaun Instagram milik Ana Nayla, Ayda Jebat telah memuatnaik satu video baru Nayla yang memaparkan Ayda sedang mengejutkan Nayla yang sedang nyenyak tidur pada waktu maghrib. Walaupun dikejutkan tetapi Ayda telah mengejutkan dengan nada perlahan dan lembut sahaja.
Ayda jebat risau akan gangguan kepada anaknya itu jika dibiarkan tidur pada waktu maghrib bak kata orang tua-tua. Reaksi wajah Ana Nayla yang agak terkejut dan sedikit marah itu membuatkan peminat terhibur.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang meninggalkan komen comel sangat kepada Ana Nayla dan ramai juga yang memuji mata Nayla yang kebiruan dan sangat cantik dipandang.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Instagram ananaylaofficial
Leave a Reply