Innalillah! Baru je Atuk Menlggal, Bella Astillah Khilangan Seorang lagi Insan Tersyg

 

Selepas lapan bulan pemergian arw4h datuk, penyanyi Bella Astillah terpaksa menanggung kesedihan sekali lagi apabila neneknya pergi menghadap sang pencipta kelmarin.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi Bella di Instagram miliknya, dia memaklumkan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir pada Khamis dan merasakan hatinya seperti hancur dengan perkhabaran itu.

“Pada 30/6/2022, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah semalam, jadi saya nak minta tolong jasa baik untuk sedekahkan Al-Fatihah buat nenek dan atuk saya.

“Nenek pergi meninggalkan kami lapan bulan selepas atuk.

“Saya tak sangka akan kehilangan mereka secepat ini. Sayang saya pada mereka hanya Allah s.w.t yang tahu.

“Dulu selalu tidak sabar untuk pulang ke Sabah mahu jumpa mereka, tapi sekarang keduanya telah tiada.

“Ya Allah, hancur betul hati ini,” tulis Bella pada ruangan kapsyen.

Menerusi satu lagi hantaran terbaru, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu tidak dapat menahan air matanya setiap kali melihat foto dan video nenek kesayangannya itu.

“Setiap kali tengok nenek mesti akan menangis, tak tahu kenapa.

“Sebabnya mungkin saya terlalu takut seandainya kehilangan dia, tapi tidak disangka saya benar-benar kehilangannya kelmarin,” tulis Bella.

terdahulu, datuk bella juga terlah meninggal

Pelakon, Bella Astillah berkongsi khabar sedih datuknya, Rosilan Isa telah menghembuskan nafas terakhirnya di Kota Kinabalu, Sabah

Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, dia yang berada di sana atas urusan kerja tidak dapat bertemu datuknya yang lebih mesra disapa Lolo disebabkan Covid-19.

“Tidak sangka Lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami dekat, tapi tidak boleh jumpa sebab keadaan kita sekarang ini,” luah Bella di Instagram.

Jelas Bella lagi, datuknya yang meninggal pada usia 70 tahun itu ketika ini berada di jabatan forensik.

“Kalau jenazah positif Cvd-19 kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh, Allahuakhbar. Sampai bila macam ini?!

“Adakah sistem akan berterusan seperti ini sampai bila-bila? Hanya boleh tengok saat-saat akhir Allahyarham menerusi panggilan video, tidak dapat peluk cium. Allahuakhbar,” luahnya lagi.

Bella juga menulis bahawa dia sempat bawa Lolo pergi bercuti ketika hayatnya sebelum pandemik.

“Bella dengan Aliff dapat bawa dia ke Kuala Lumpur, bawa bercuti pergi Genting. Masya-Allah kami rindu betul.

“Allah lebih menyayangi mu. Semoga Lolo di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” akhirinya.

 

Sumber: Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.bigonewzz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*