“Saya isteri pertama selamanya” – Amyza Aznan Dedah Rumah Tangga Huru-Hara Diganggu Orang Ketiga

Amyza Aznan mengakui rumah tangganya pernah dilanda badai.

TAHUN lalu pelakon Amyza Aznan pernah memberi gambaran tentang rumah tangganya yang berantakan namun tidak pernah mendedahkan kemelut sebenar melanda perkahwinannya dengan suami, Khairil Idzhar.

Malah Amyza, 46, sempat menyangkal segala dakwaan tentang isu berkenaan dengan memberitahu perkahwinannya berada dalam keadaan baik dan bahagia.

Pun begitu, aktres itu akhirnya membuka mulut soal rumah tangganya dan mengakui pernah berhadapan kemelut akibat kehadiran orang ketiga yang menganggu gugat keharmonian perkahwinannya.

Amyza
Amyza tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi dirinya sendiri.

“Biasalah lelaki ini, ada masanya nakal sikit. Kalau kita terlampau kawal mungkin dia boleh bertindak begitu.

“Tetapi rumah tangga saya sekarang Alhamdulillah bahagia. Saya isteri pertama selamanya! Apabila dia datang semula kepada kita dan berjanji nak betulkan keadaan saya terima,” katanya kepada mStar.

Amyza ditemui ketika majlis pelancaran drama Penanggal Mak Kiah di Putrajaya pada Khamis.

Tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas masalah melanda perkahwinannya, Amyza sebaliknya melihat kekurangan diri sendiri yang mungkin menjadi punca suami mempunyai hubungan lain.

“Bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi. Tapi saya lihat perkara ini berpunca daripada saya sendiri kerana tidak menjadi seorang isteri yang sempurna.

“Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah,” jelasnya.

Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah.

AMYZA AZNAN

PELAKON

erinsakura-e5f47367e8bb8c5a2af3ac90700c370d
Amyza, suami bersama tiga anak mereka.

Berkongsi pandangan tentang ‘penyondol’ yang hangat diperkatakan ketika ini, Amyza menasihati agar mana-mana pasangan berkahwin sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga.

“Kalau sayangkan hubungan, perbaiki segala kesalahan dan bukan mencari kesalahan. Kalau tak boleh juga, tepuk dada tanyalah selera,” katanya.

Untuk rekod, Amyza berkahwin dengan Khairil pada 2004 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

PERSEMBAHAN bertenaga pelakon Amyza Aznan bersama anaknya, Adrian Adam dalam rancangan Famili Duo yang bersiaran di TV3 pada malam Ahad lalu menerima pujian ramai penonton.

Rata-ratanya tidak menyangka anak lelaki Amyza yang berusia 13 tahun itu memiliki bakat terpendam dan berpeluang cerah mengembangkan bakat nyanyian lebih jauh lagi.

Menyedari komen positif penonton, Amyza berkata pada awalnya Adrian menolak untuk membuat persembahan dalam program tersebut kerana malu berhadapan dengan orang ramai.

Bagaimanapun selepas puas dipujuk, Adrian atau lebih mesra disapa Ian bersetuju untuk turut serta dalam program tersebut.

“Dia agak pemalu, kalau menyanyi pun hanya di rumah sahaja sehinggalah beberapa bulan lepas kami dapat tawaran daripada TV3. Saya beritahu dia ini hanya persembahan nyanyian suka-suka, bukan pertandingan… tapi dia menolak tak mahu.

“Selepas bapa dia pujuk, dia bersetuju! Tapi selepas dia menonton episod pertama dia terkejut sebab ada juri… kalau nak tahu sebelum persembahan berlangsung kami tak buat apa-apa latihan sebab dia tak mahu.

“Malah, sebelum program bermula, Ian sempat beritahu saya dia tak nak menyanyi lagi… tapi Alhamdulillah malam itu dia berjaya buat persembahan terbaik sehingga menarik perhatian juri dan penonton,” katanya kepada mStar.

Penonton puji bakat nyanyian anak Amyza Aznan.

Dalam program tersebut, Amyza dan Adrian menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri dipilih menjadi juara untuk minggu keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Selain mereka, empat lagi pasangan anak beranak yang bersaing ialah Fauzi Nawawi bersama anaknya Fareez Fauzi, Amelina dan Puteri, Liza Abdullah dan Naffiz Zolkefli serta Shajiry dan Hafiz.

Saya sebagai ibu akan menyokong apa jua minatnya. Kalau jadi penyanyi pun saya okay asalkan dia tunjukkan semangat dan kesungguhan!

AMYZA AZNAN

PELAKON

Ditanya mengenai hadiah kemenangan yang diterima, Amyza berkata dia memberikan wang tunai itu kepada anaknya.

“Itu hadiah untuk dia, saya kata kemenangan itu adalah hasil kerja keras dia… saya hanya tumpang menyanyi saja.

“Dia berjaya buang malu dan bersemangat menyanyi dengan baik. Itu sudah cukup membanggakan saya.

“Sebenarnya bukan kemenangan yang saya harapkan tapi kenangan dengan anak sepanjang berada dalam program itu… kalau tak ada Famili Duo, tak dapatlah kami berduet atas pentas yang sama,” ujarnya.

Amyza beri wang kemenangan kepada anaknya.

Dalam pada itu, Amyza berkata dia sentiasa menyokong minat anaknya itu dan terbuka jika satu hari nanti Adrian memilih untuk melangkah ke bidang seni.

Amyza beri wang kemenangan kepada anaknya.

“Sebenarnya saya suka kalau dia terbabit dengan industri ini, malah kawan-kawan dan orang lain pun melihat dia ada bakat dalam bidang seni ini.

“Selepas program ini apabila ramai yang beri kata-kata semangat, dia nampak semakin okay untuk mencuba.

“Saya sebagai ibu akan menyokong apa jua minatnya. Kalau jadi penyanyi pun saya okay asalkan dia tunjukkan semangat dan kesungguhan,” ujarnya.

Famili Duo disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam menampilkan pengacara, Uyaina Arshad serta juri tetap Didie Alias dan Mark Adam.

 

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://liveconnection24.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*