Anak-anak tahfiz pun teringin tengok wayang, lelaki ini belanja tiket filem Mat Kilau… Satu panggung penuh kopiah putih!

SETIAP insan pasti ada cara tersendiri dalam berbakti kepada masyarakat terutama sekali golongan yang lebih memerlukan.

Demikian dilakukan individu dikenali sebagai Khairul Idlan yang telah berkongsi rezeki dengan anak-anak daripada Maahad Tahfiz Darul Hidayah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

Bercerita kepada mStar, Idlan berkata dia berasa terpanggil untuk menghiburkan hati penghuni pusat tahfiz dengan menonton filem pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Seramai 70 orang pelajar tahfiz termasuk guru mereka dibawa untuk menonton wayang di pusat beli belah Wangsa Walk di ibu kota.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Baru-baru ni saya ada berbincang dengan seorang ustaz yang bertanggung jawab menjaga anak-anak tahfiz ni, saya terfikir nak gembirakan mereka dengan tengok wayang.

“Hasil perbincangan tu kami putuskan untuk bawa semua sekali pelajar yang ada dekat situ tengok filem terbaru iaitu Mat Kilau.

“Kami pilih cerita ni sebab nak dedahkan mereka tentang semangat perjuangan orang Islam terdahulu sekaligus dapatlah mereka belajar serba sedikit tentang tokoh sejarah Melayu,” ujarnya.

Kata Idlan, anak-anak daripada pusat tahfiz berkenaan terdiri daripada golongan anak yatim dan keluarga asnaf.

Justeru, dia memasang niat untuk memberi peluang agar mereka dapat merasai sedikit nikmat sama seperti orang lain.

“Mereka bergerak dengan menaiki bas dari pusat tahfiz selepas waktu maghrib. Tayangan filem tersebut dijadualkan pada pukul 9 malam.

Idlan menunjukkan tiket filem Mat Kilau yang dibelinya di kaunter lebih awal.

“Apabila dapat tengok wayang ni, kelihatan semangat dan kegembiraan tu jelas terpancar di wajah mereka masa tu,” ujarnya.

Enggan menyatakan jumlah yang dibelanjakan, Idlan akui dia gembira apabila berjaya membawa anak-anak tersebut menonton wayang seperti yang dirancang sebelum ini.

Saya sematkan momen ini sebagai sebahagian memori indah buat kami apabila dapat menggembirakan anak-anak tahfiz.

KHAIRUL IDLAN

Ujar Idlan yang merupakan seorang ahli perniagaan itu lagi, aktiviti seperti itu merupakan kali pertama dilakukannya dan dia berharap agar dapat meneruskannya pada masa akan datang mengikut kesesuaian.

Tambah Idlan, rancangan membawa pelajar berkenaan juga adalah sebagai membalas jasa mereka yang pernah bersama-sama dalam misi bantuan banjir di Shah Alam, Selangor sebelum ini.

“Saya dan isteri sangat berbesar hati apabila dapat menyempurnakan sumbangan ini. Saya sematkan momen ini sebagai sebahagian memori indah buat kami apabila dapat menggembirakan anak-anak tahfiz.

Idlan (memegang tiket wayang) bersama pelajar-pelajar maahad tahfiz.

“Ini kali pertama saya bawa mereka pergi tengok wayang dan berharap rezeki saya sentiasa melimpah ruah untuk bawa mereka lagi pada masa akan datang.

“Sebelum ni kami pernah ke Shah Alam menyertai misi bantuan banjir…pelajar tahfiz ini turut serta pada ketika itu.

“Apa-apa pun saya harap perkongsian ini tidak disalah erti sebagai riyak atau menunjuk-nunjuk. Saya cuma berharap ia boleh dijadikan inspirasi kepada orang lain untuk berkongsi kegembiraan dengan golongan memerlukan seperti mereka ini,” jelas Idlan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*