Gara-Gara Jemput ‘Mat Rempit’ Haqiem Stopa, KPM Siasat Pihak Sekolah

Sebelum ini, kecoh apabila personaliti Tik Tok iaitu Haqiem Stopa dipanggil memberikan motivasi di sebuah sekolah. Di dalam program tersebut, pemuda itu diberikan peluang berkongsikan mengenai peluang kedua untuk berjaya dalam hidup yang dilaluinya.

Kemunculannya di sekolah itu kemudian menimbulkan kegusaran dalam kalangan netizen apabila pemuda itu dijadikan sebagai ikon untuk generasi muda kini. Malah rata-rata netizen tidak bersetuju apabila pihak sekolah memanggil Haqiem Stopa bagi memberikan motivasi kepada para pelajar.

Susulan kejadian yang tular ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyiasat pihak sekolah terbabit yang telah menjemputnya sebagai penceramah. Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin memberitahu beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana perlu meneliti dari segi konteks mengapa pemuda itu dijemput.

“Saya belum menerima maklumat mendalam berkaitan perkara ini. Bagi saya lihat dulu dan pihak KPM akan siasat.”

haqiem stopa

Video yang tular itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mendakwa tidak wajar buat pihak sekolah menjemput ‘mat rempit’ seperti Haqiem Stopa untuk memberikan motivasi. Tidak kurang juga yang risau ianya akan memberikan pengaruh buruk kepada para pelajar untuk mengikuti jejak langkah pemuda itu.

Di dalam perkembangan terkini, Haqiem Stopa menepis dakwaan dia hadir dan mengajar para pelajar mengenai hal-hal permotoran. Sebaliknya dia hadir untuk memberikan motivasi kepada para pelajar menerusi program yang dijalankan iaitu Cerita Orang Gagal yang melakukan jelajah di sekolah-sekolah seluruh negara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*