Balik raya paling ngerl! Wanita sempat baca doa Nabi Sulaiman, pandang tepat mata gajah

PENGGUNA lebuh raya yang melalui Bukit Gerik, Perak pada Jumaat petang dikejutkan dengan kehadiran seekor gajah.

Malah, beberapa rakaman kejadian turut dikongsi sehingga tular di media sosial.

Salah seorang saksi kejadian, Nurul Fawzia Hanis Jailani, 25, mengakui masih trauma dengan kejadian itu biarpun keretanya tidak mengalami sebarang kerosakan.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak ke Pasir Puteh, Kelantan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di rumah nenek. Saya dan adik perempuan bertolak jam 3 petang.

“Sampai ke Bukit Gerik, trafik agak sesak. Dalam pukul 7.10 petang gajah tu muncul. Ada beberapa kereta di depan kami, antaranya Perodua Viva, Toyota Wish atau Grand Livina dan sebuah Avanza.

“Selepas Viva dan Toyota tu dah jalan, mungkin gajah tu rasa tercabar, gajah tu lepaskan amarah pada Avanza. Gajah tu naikkan kaki atas Avanza. Kalau Avanza tu pecut juga, mungkin kereta saya di belakang pun akan kena tempias.

“Tapi mujurlah kereta saya terselamat. Sebelum ni pun saya pernah terserempak dengan gajah, tapi pengalaman kali ini paling menakutkan. Saya ketar lutut sampai malam. Saya rasa trauma,” ujarnya.

Senang disapa Fawzia, pengusaha butik pakaian itu mendedahkan dia turut membaca doa Nabi Sulaiman ketika serangan gajah berkenaan dan bersyukur tiada sebarang kejadian buruk menimpa dirinya.

“Saya cuba baca doa Nabi Sulaiman ketika kejadian. Saya baca dan tengok kat mata gajah. Kemudian gajah tu jalan saja. Syukur Alhamdulillah kami selamat.

gajah4

Sebuah Perodua Viva menjadi mangsa pertama dalam kejadian pada Jumaat itu.

“Rasa takut tak boleh nak cerita. Kebetulan masa tu adik saya yang bawa kereta. Kami dua-dua perempuan, memang takut. Untuk balik ke Perak pada Selasa depan, mungkin kami akan guna jalan lain sebab trauma belum habis lagi.

“Ataupun, saya akan balik dengan bas, minta keluarga hantarkan kereta ke Perak. Saya harap orang lain pun hati-hati. Jalan belah sana tengah-tengah hutan. Kalau boleh banyakkan pasang zikir, pasang ayat-ayat al-Quran,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, video yang dikongsi Fawzia meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Saya cuba baca doa Nabi Sulaiman ketika kejadian. Saya baca dan tengok kat mata gajah. Kemudian gajah tu jalan saja.

FAWZIA

Pemilik salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu turut meninggalkan komen, memaklumkan bahawa mereka selamat.

“Owner Avanza hadir. Alhamdulillah kami semua selamat,” tulis seorang wanita dikenali sebagai ishaaa.mn.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menegur tindakan pemandu dua buah kereta di hadapan yang memecut ketika kejadian sehingga menyebabkan gajah tersebut berasa terancam.

gajah3

Antara komen netizen di TikTok.

Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan dua pemandu itu memadangkan mereka berada dalam situasi menakutkan sehingga terpaksa membuat keputusan terburu-buru.

“Awal-awal Viva pecut tu gajah rasa terancam tu. Dia pergi attack Grand Livina, lepas tu pecut juga. Dia pergi kat Avanza pula. Nasib Avanza duduk statik je.

“Tadi saya tengok yang Viva tu. Bahaya la buat macam tu, main pecut terus. Kalau kata gajah tu mengamuk, habis orang belakang.

“Grand Livina tu pecut sebab gajah dah naik kaki kat kereta sikit. Kalau saya pun pecut.

“Roadblock ni lagi bahaya dari JPJ. Mahu hilang nyawa kalau silap langkah,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*