Kecoh Perpisahan Cuma Gimik? Tegar ‘Kant0i’ Keluar Berdua Di Mall.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila penyanyi Tegar Septian mended4hkan sudah berpisah dengan isterinya iaitu Sarah Sheilka selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, finalis ‘Big Stage 2022’ itu akui masalah kewangan serta tidak mempunyai pekerjaan mungkin menjadi punca isu berkenaan berlaku.

Perpisahan bukan alasan untuk tidak berkawan

Kecoh Perpisahan Cuma Gimik? ‘Kantoi’ Ex-Wife Dan Tegar Keluar Berdua Di Mall

Namun, nama mereka kembali menjadi bualan selepas dilihat keluar bersama di sebuah mall sehingga dikatakan sudah berbaik semula. Menerusi portal Tren Indonesia, Sarah memberitahu bahawa perpisahan mereka bukanlah alasan untuk saling bermusuhan. Malah, langkah itu juga dibuat demi anaknya yang perlu kasih sayang ibu dan bapa.

Masalah kami bukan gimik dan ia tidak kelakar jika dijadikan seperti itu.

Masih tidak dedahkan punca perpisahan, dia juga pantas menafikan dakwaan masalah rumah tangga mereka hanyalah sebuah gimik. Jelasnya, wanita itu akui berang dengan kenyataan tersebut selain mengatakan ia bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan bahan gurauan.

Tentang kembali bersama atau rujuk, biarlah masa yang menentukan.

Kecoh Perpisahan Cuma Gimik? ‘Kantoi’ Ex-Wife Dan Tegar Keluar Berdua Di Mall

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut pernah dituduh cuba menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan cahaya matanya. Katanya, dia menafikan perkara tersebut selain akui enggan merosakkan hubungan seorang bapa dengan anak.

Pada masa sama, Sarah juga tidak menolak jika ditakdirkan kembali bersama dan hanya berserah kepada takdir.

Tegar mengaku sudah bercer4i

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercer4i dengan isterinya, Sarah Sheilka.

Tidak mendedahkan sebab sebenar perceraiannya itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.

“Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.

Tegar sebelum ini pernah berjauhan dengan keluarga untuk menyertai Big Stage 2022 di Kuala Lumpur.

“Banyak masalah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan,” katanya.

Menerusi perkongsian di IG Story, bekas peserta program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini.

Perceraian itu dilihat berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga badannya menjadi kurus akibat tekanan.

“Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stres fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu.

“Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.

Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu

TEGAR SEPTIAN

PENYANYI

“Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan,” katanya.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

 

Kredit: Portal tren Indonesia, viralnewsupdates.com, Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://liveconnection24

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*