Pengantin tak marahkan bapa, reda ditakdirkan nikah guna wakil wali… guna duit sendiri buat majlis RM40,000

DUGAAN ditempuh wanita ini cukup besar apabila bapanya enggan menjadi wali di hari bahagianya.

Fatina Emylin, 27, bercerita mengenai kisahnya yang terpaksa menggunakan wali hakim pada hari bahagianya bagi menggantikan bapa kandung.

Senang disapa Emylin, dia yang menetap di Temerloh, Pahang ini menceritakan bagaimana dia akhirnya selamat dinikahkan pada 10 Jun lalu walaupun pelbagai ujian terpaksa dilalui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya terpaksa berkahwin dengan cara wakalah wali disebabkan mak ayah sudah bercerai sejak saya masih kecil. Saya memang tak pernah duduk serumah dengan ayah kandung, jadi memang tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah.

“Jadi bila tiba waktu nak kahwin, saya ada minta ayah jadi wali untuk saya tapi permintaan tu ditolak baik oleh ayah atas sebab tertentu. Tapi tidak mengapa sebab saya faham dengan situasinya,” ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Menghormati keputusan dibuat, dia yang merupakan seorang perunding Takaful mengambil inisiatif lain dengan meminta izin agar dibenarkan untuk membuat wakalah wali iaitu wakil wali kepada bapanya.

Selaku anak tunggal dalam keluarga, dia terpaksa bersetuju menggunakan cara ini bagi memudahkan urusan pernikahan.

“Saya nak selesaikan urusan borang nikah agak sukar. Saya ada tanya ayah boleh walikan ke tidak tapi dia jawab ‘boleh dalam zoom meeting.

“Jadi nak tak nak saya kena akad nikah secara dalam talian. Sebelum tu saya ada juga tanya kadi kemungkinan ada cara lain untuk buat pernikahan macam orang lain. Kadi pun beritahu pasal kaedah wakalah ni.

Majlis pernikahan Emylin dan pasangan berlangsung pada 10 Jun.

“Nak buat wakalah ni perlu dua hari sebelum akad nikah, jadi saya minta cara baik untuk ayah video call dengan kadi dan wakilkan dia ketika majlis berlangsung,” ujarnya.

Selepas selesai akad nikah pada 10 Jun lalu di Masjid Temerloh Jaya, Pahang, dia kemudian menerima mesej permohonan maaf dan doa daripada bapa kandung kerana tidak dapat menjadi wali.

Mengakui tidak mahu membebankan bapanya, dia juga tidak meminta walau sedikit wang untuk melangsungkan majlis.

Nak buat wakalah ni perlu dua hari sebelum nak akad nikah, jadi saya minta cara baik untuk ayah video call dengan kadi dan wakilkan dia ketika majlis berlangsung.

FATINA EMYLIN

Emylin juga sempat memperincikan kisah di sebalik ayat yang ditulis pada video yang mengundang sebak warga maya di TikTok.

“Saya bersyukur majlis sanding pada 11 Jun berjalan dengan lancar dan sekarang dah selamat jadi isteri orang. Saya telah habiskan lebih kurang RM40,000 untuk majlis sanding dan nikah sebab dilakukan sekali gus.

Majlis sanding Emylin dan pasangan berlangsung pada 11 Jun 2022.

“Tentang ayat saya tulis dalam TikTok tu hanyalah luahan perasaan. Saya tak pernah ada rasa kasih seorang ayah selain mama (ibu). Hidup saya hanya berdua dengan mama saja.

“Sejujurnya, saya tak marah ayah tinggalkan saya dan mama. Saya anggap ini semua ujian saya dari Allah dan dugaan berkahwin sebab semua orang ada jalan ceritanya sendiri,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*