[VIDEO] Wanita Cantik Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan Jadi Bualan Netizen

Tak dinafikan sekarang ini bukan mudah untuk mencari kerja ditambah pula dengan situasi ekonomi sekarang ini. Baru-baru ini pula, perkongsian wanita yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan ini telah menjadi bualan ramai di media sosial.

VIDEO:

@02dec92 Balas kepada @yeakulaa jeles ke wak??yg ade phd pom blm tntu dpt kje wak,yg tanam anggur kat balakang umah sy pom ade..dh2 la fake account 2..rasa jantan tunjuk muka sikit#ad #fyp #hina #jomlayan ♬ Jalan Pargoy –

Kebiasaannya tidak ramai yang ingin menyandang jawatan sebagai pengawal keselamatan yang dikatakan mencabar terutamanya untuk kaum wanita. Perkongsian wanita itu tentang pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan kemudian tular dengan lebih setengah juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu menjawab persoalan netizen yang menganggap dia tidak mempunyai pendidikan tinggi menyebabkan dia sanggup bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dek kerana memiliki raut wajah yang cantik, ramai yang mempersoalkan mengapa wanita itu memilih untuk bekerja di situ.

Difahamkan, wanita yang merupakan ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu pulang ke kampung halamannya di Kelantan pada Januari 2021. Sebelum itu, dia pernah bekerja sebagai ‘cleaner’ untuk beberapa bulan dan menerima tawaran sebagai pengawal keselamatan yang menjanjikan gaji yang lebih baik.

@02dec92 Balas kepada @aji.namoto00 betul la 2 wak..keje kami dok je wak,main fon..main tt..pencuri masuk pom kami tgok je..pelawat masuk pom kami rakam je..fake account xde guna,nak komen tunjuk muka wak..xde telur agk nye#pengenterkenal #ad #fyp #viral #hina #jomlayan ♬ original sound – Yen Pov

Perkongsian wanita itu tentang pekerjaannya sering kali menerima kecaman dari netizen yang memperlekehkan jawatan pengawal keselamatan itu yang dikatakan tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Namun ada juga yang memberikan pujian kepada wanita itu yang tidak memilih untuk bekerja asalkan mendapat rezeki yang halal.

“Tu lah orang kita suka pandang rendah kerja guard…”

wanita

“Takde kelulusan tinggi pun takpe. Janji rajin usaha dan kerja.”

pengawal keselamatan

“Dia jadi security sebab dia tak memilih and nak duit untuk sara keluarga. Respect sis.”

komen

“Tak sangka zaman sekarang pun masih lagi ada orang pandang h1na pada orang yang kerja guard…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*