“Alhamdulillah….” – Penyanyi Lagu ‘Kuca-Kuca’ Lia Aziz Nikah Hari Ini?

ENAM bulan menyimpan rahsia, akhirnya penyanyi Lia Aziz mendedahkan dia sudah bertunang dengan jejaka pilihannya iaitu Arash Azimi yang juga merupakan gitaris kumpulan Tree Hill.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, 19, memohon doa agar urusan ke fasa perkahwinan di permudahkan.

“Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.

mStar cuba menghubungi penyanyi lagu Kuca Kuca ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai pertunangannya itu namun panggilan dibuat tidak berjawab.

Bagaimanapun menurut sumber, Lia dan Arash akan bernikah di sebuah lokasi di Petaling Jaya, hari ini (Sabtu).

Difahamkan majlis resepsi juga akan berlangsung di lokasi sama pada sebelah malam.

“Masa pernikahan saya tidak pasti, tetapi resepi malam ini (Sabtu),” jelas sumber berkenaan.

Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya

LIA AZIZ

PENYANYI

Lia sebelum ini sering berkongsi gambarnya bersama Arash di media sosial namun tidak pernah mendedahkan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

Dalam satu temubual sebelum ini, Lia memberitahu cukuplah hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui status sebenar hubungan mereka.

lia aziz 2

MENGAKUI dirinya kini sedang dilamun cinta, penyanyi Lia Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut hubungan rapatnya dengan jejaka bernama Arash yang juga pemain dram kumpulan Tree Hill.

Bagi Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, 19, cukuplah jika peminat dan orang sekeliling tahu menerusi perkongsian di media sosial.

Dalam masa sama, Lia juga akui tidak pernah berniat mahu menyorokkan hubungan tersebut namun lebih baik jika tidak terlalu bercakap tentangnya.

“Kalau nak tahu, tengok sahaja Instagram saya,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Lia yang muncul dengan lagu duet bersama Khai Bahar berjudul Kaulah Syurga, menafikan ia adalah tiket untuk menumpang populariti penyanyi tersebut.

lia 2

Kata Lia, dia menerima tawaran kolabarosi lagu ini sebelum menyertai program Big Stage 2022 (BS22) dan pemilihan duet dilakukan sendiri oleh penerbit Siti Rosmizah yang mahu lagu ini dijadikan OST drama 7 Hari Mencintaimu 3.

“Saya terima lagu ini sebelum sertai BS22, tetapi ketika itu belum ada kata putus bahawa saya dan Khai akan digandingkan.

“Selepas tamat BS22, barulah saya betul-betul memberi fokus untuk menyiapkan lagu ini.

“Pemilihan kami berdua dilakukan sendiri oleh penerbit drama yang juga penulis lirik lagu ini iaitu Siti Rosmizah. Syukur sambutan dan komen yang diterima amat baik.

Ramai yang meninggalkan komen kata saya hanya boleh menyanyikan lagu seperti Kucu Kuca dan tidak boleh menyanyi secara langsung

LIA AZIZ

PENYANYI

“Tidak ada istilah saya mahu menumpang populariti Khai. Jika ada yang berkata demikian, saya tidak boleh berbuat apa,” katanya.

Penyanyi lagu Kucu Kuca ini juga berharap peminat akan lebih bijak untuk menilai bakatnya dan menepis tanggapan dia tidak boleh menyanyi secara langsung gara-gara tersingkir awal di pentas BS22.

Akui gagal bermain dengan strategi, Lia gagal bertahan lama dalam program tersebut dan menjadi peserta kedua tersingkir.

lia aziz 3

“Semasa di pentas BS22 saya cuba tunjukkan kelainan yang ada pada diri sendiri namun percaturan gagal dan tersingkir awal.

“Ramai yang meninggalkan komen kata saya hanya boleh menyanyikan lagu seperti Kucu Kuca dan tidak boleh menyanyi secara langsung.

“Sekarang inilah peluang untuk saya buktikan kemampuan sebenar,” jelasnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*