“Ramai Ingat Saya Berahsia, Tapi Saya Tidak Sembunyikan Apa-Apa,” – Amira Othman

Penyanyi Amira Othman tidak ketinggalan ditanya ramai peminat bila akan menamatkan zaman bujang sebaiknya kawan baiknya, penyanyi Wany Hasrita selamat diijabkabulkan pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 29, mengakui dia masih lagi solo dan tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Penuh DM (Direct Message) saya, anda ucap dan doa macam-macam yang baik untuk saya. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.

“Jodoh ni kan macam rezeki juga aj4l, tiada siapa tahu. Cukuplah saya memberi jawapan saya memang tidak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

“Ramai ingat saya berahsia, tapi saya tidak menyembunyikan apa-apa tapi inilah jawapan jujur daripada saya. Anda doalah yang baik-baik ya,” tulis Amira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)


Dalam pada itu, Amira juga turut menitipkan doa buat sahabat baiknya, Wany yang telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun dalam sebuah majlis yang berlangsung di Damansara Perdana, Jumaat lalu.

“Untuk sahabat saya yang cantik, Wany Hasrita tahniah tau! Semoga kau berbahagia sampai syurga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)


“Anak yang baik Wany ni, kawan yang baik, pergi haji sama-sama, pergi umrah sama, semua sama-sama… kahwin je tak sama-sama.

“Adib jaga Wany baik-baik okay? Sayang sangat,” tulis Amira lagi.

Komen netizen:

 

Foto:  Instagram Amira Othman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: media hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*