Bagi mereka yang melakukan kerja pengubahsuaian di rumah, pastinya tahu ia bukan satu proses yang mudah. Malah ia juga menelan kos perbelanjaan yang sangat besar untuk mendapatkan rumah idaman masing-masing. Baru-baru ini pula, seorang pemilik rumah meluahkan rasa kecewa apabila tembok rumah yang dalam proses pembinaan ini tidak seperti yang diharapkan.
VIDEO: 1
Remuk hati
Perkongsian itu juga tular di media sosial dan kini menerima lebih dari tiga juta tontonan setakat ini. Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik rumah melakukan tinjauan pada kawasan rumahnya yang sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.
Namun apa yang menarik perhatiannya ialah keadaan tembok rumah yang di dalam proses pembuatan di mana ianya tidak kukuh dan kuat. Malah individu itu sempat menolak tembok rumah itu dengan tangannya sekaligus menyebabkan tembok rumah itu jatuh dengan begitu mudah sekali.
VIDEO: 2
Kembali ke pangkal jalan.
Difahamkan, binaan tembok rumah itu tidak kukuh kerana tiada besi yang diletakkan di dalamnya menyebabkan ianya boleh ditolak begitu sahaja. Berdasarkan tinjauan, pemilik rumah ada berkongsikan perkembangan terkini rumahnya di mana tembok tersebut telah pun dibina semula dengan lebih kukuh.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsikan reaksi mereka melihat keadaan tembok rumah yang dibina itu. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bimbang memandangkan ianya boleh mencetuskan kemalangan yang tidak diingini dengan binaan tidak kukuh seperti itu.
“Haha buat tak pakai besi memang jadi rapuh macam tu takde kekuatan.”
“Bahayanya kalau anak-anak main kat situ…”
“Bahaya betul lah, besi dalam takde.”
“Buat rumah guna simen ke guna lego ni…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL
Leave a Reply