
Boleh dikatakan lawak terbalik sudah cukup sinonim ditonton peminat setia rancangan Sepahtu Reunion Live yang dilakukan oleh Shuib Sepahtu sehinggakan tak kering gusi penonton ada-ada sahaja ideanya membuat lawak terbalik.
Pun begitu, umum diketahui Shuib Sepahtu telah berehat daripada penglibatan dunia seni. Meskipun tidak banyak membuat kejutan kepada peminat namun ramai sememangnya semakin rindu dengan kemunculannya itu.
Walau bagaimanapun, semakin kuat ramai mengharapkan agar Shuib Sepahtu kembali di pentas lawak apabila melihatkan gelagat Jep membuat lawak terbalik yang mengundang rata-rata netizen turut teringin melihatnya kembali.
Melalui satu rakaman yang di kongsikan ini, Jep dilihat merindukan Shuib apabila dia dilihat membuat lawak terbalik dan perkongsian ini bagaimanapun meraih perhatian ribuan warganet di aplikasi TikTok.
VIDEO:
@mosamad19 lawak terbalik shuib 😆 #sepahtureunion #jepsepahtu #shuibsepahtu #fyp ♬ Without You – Aman Aziz
Lawak terbalik Shuib Sepahtu yang dilakukan oleh Jep itu membuatkan ramai membanjiri ruangan komen meminta agar pelawak berkenaan kembali semula di rancangan Sepahtu Reunion Live yang mana rata-rata netizen begitu merindukan lawaknya itu.
Apatah lagi, ramai dapat merasai tidak hanya peminat malah Jep Sepahtu juga dilihat begitu merindukan rakan baiknya itu dan dalam pada itu, hantaran video dikongsikan oleh mosamad19 terbabit meraih perhatian ribuan pengguna TikTok.
“Please kembali balik…”
“Please Shuib buat comeback, kesian Jep…”
“Kembalilah please”
“Bang tolong buat comeback”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :HCL
Leave a Reply