Kec3wa Isteri Tak Melawa Lepas Kahwin? Ini Nasihat Hos Zaim Zaini Buat Para Suami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang suami yang dikatakan kecewa dengan isterinya kerana tidak lagi menjaga penampilan selepas berkahwin.

Isu tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen. Antara yang turut sama memberikan pandangan mengenai isu ini termasuklah pengacara, Zaim Zaini.

Menurut Zaim, satu ketika dahulu, dia juga pernah melakukan kesilapan yang sama apabila kerap mempersoalkan mengenai penampilan isterinya sehingga ada kalanya membawa kepada pertengk4ran.

Katanya lagi, dia bersyukur kerana akhirnya dia diberikan kesedaran dan lebih peka dengan perasaan isterinya.

“Anda pernah dengar tak istilah ni ‘dulu sebelum berkahwin cantik orangnya, lepas kahwin nampak tak terurus’ sebab sebelum kahwin ayah jaga. Selepas kahwin, suami yang jaga.

“Sebenarnya perkara ini pernah berlaku pada saya dan isteri. Sebagai suami, tiada siapa pun yang sempurna. Ada je perkara yang kita rasa tak tahu dan tak sengaja terbuat dekat isteri kita.

“Dulu, ada satu ketika saya tak perasan yang isteri saya dah lama tiada baju baru. Nampak tak bersiap dan kepenatan. Rasa macam kenapalah isteri aku tak cantik macam dulu. Sebagai suami, kita sentiasa nak pandang yang cantik-cantik dan wangi-wangi sahaja.

“Sampai boleh bawa bergaduh dengan isteri kerana kita minta perkara-perkara seperti itu tanpa memikirkan hati dan perasaan isteri,” katanya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Wow Shop itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

Zaim turut menambah, ada sesetengah suami yang terlepas pandang mengenai perkara tersebut dengan menyifatkan wang perbelanjaan dapur sudah cukup untuk menampung segala berpelanjaan termasuklah aspek penjagaan diri bagi isteri.

“Tapi kita lupa siapa yang buat isteri kita nampak macam tu. Kenapa dia dah tak cantik? Tak bersiap? Memang kita kata ‘saya dah bagi duit pada isteri saya’. Bukan bang, itu duit bulanan beli barang-barang dapur. Siap duit tu campur untuk bayar elektrik, air dan sebagainya.

“Hujung-hujung, berapa sen je tinggal untuk isteri? Saya pernah terlupa perkara itu. Itu belum lagi bila suami-suami pandang perempuan lain yang cantik-cantik. Memuji pula perempuan lain cantik. Jangan begitu.

“Betapa sedih dan kecewanya hati seorang isteri jika suaminya memandang wanita lain lebih cantik daripada dia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zaim turut mended4hkan dia pernah merasakan dirinya seakan tidak berguna kerana memperlakukan isterinya sebegitu.

Zaim juga turut mengingatkan para suami untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk isteri berbelanja demi menjaga penampilannya.

Jelasnya lagi, hal tersebut akan membuatkan isteri lebih bersemangat dan gembira dengan kehidupan berumah tangga.

“Saya belajar daripada isteri saya sendiri sebelum saya lebih hanyut. Ya Allah rasa terduduk, sedih gila dan tak berguna sangat. Apa yang aku dah buat dekat isteri aku ni. Apapun, yang berlaku dekat isteri saya sama ada baik atau burvk, berpunca daripada saya sebagai seorang suami.

“Sejak daripada itu, saya dah mula peruntukkan sedikit wang untuk dia beli baju, barangan make up dan alat-alat penampilan diri untuk isteri saya. Syukur alhamdulillah isteri saya nampak cantik, bersiap dan bermotivasi menjaga makan minum saya.

“Nak keluar pun bersiap sebab ada modal. Jadi, nasihat saya pada suami-suami di luar sana yang belum lagi nampak perkara ni, benar kita boleh minta isteri untuk tampil cantik tapi berusahalah untuk mencari lebih wang untuk kita berikan pada isteri kita.

“Ada duit, cantiklah isteri kita. Kalau suami ada merungut, para isteri ingatkanlah suami tu. Buat suami pula, jangan hukum isteri. Ingat, isteri cerminan kita,” akhirinya.

Sekadar informasi, Zaim mendirikan rumah tangga dengan Nurdamia Mohamed Nasir pada Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikuniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Zaaef Al Ikhlas dan Zaaef Al Ilham.

 

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Zaim Zaini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*