Selepas setahun turun naik m4hkam4h, Kak KM menang kes disam4n bekas abang ipar, sekali ini respon netizen

SELEPAS hampir setahun berlarutan, usahawan kosmetik Kak KM akhirnya meluahkan rasa syukur menang dalam kes sam4n fitn4h yang dibuat oleh bekas abang iparnya sendiri.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bekas suami kakaknya itu memfailkan sam4n selepas dia mengambil tindakan mempertahankan diri menerusi siaran langsung di Instagram tahun lalu.

“Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Dia banyak burvkkan saya dan kata produk saya samp4h. Dia juga bayar golongan netizen untuk sebarkan cerita tentang saya.

kak km 2

Kak KM bersyukur kes sam4n fitn4h berakhir.

“Sebelum ini saya ada buat live di Instagram menjelaskan perkara sebenar apabila ramai yang bertanya… kemudian dia guna kenyataan saya itu dan ambil tindakan sam4n kerana memfitn4h.

“Syukur akhirnya kes ini selesai dan saya menang,” katanya kepada mStar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Kak KM iaitu Fakhrul Azman Hassan dari Azainie & Fakhrul pada Jumaat.

Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, Kak KM memberitahu perkongsian di laman sosial sebelum ini bukanlah bertujuan untuk bermusvh dengan mana-mana pihak.

Namun disebabkan ada pihak cuba menjatuhkan dirinya serta memburukkan ahli keluarga membuatkan Kak KM tidak gentar untuk berdepan tindakan perundangan.

“Sebenarnya saya tidak sebut pun nama dia ketika sesi live itu, tetapi dia yang terasa sehingga ambil tindakan sam4n. Apa yang saya cakap semuanya betul!

Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan

KAK KM

USAHAWAN

“Dia mahu ambil tindakan sam4n, saya tidak ada masalah kerana tahu segala kebenaran. Dia bekas abang ipar jadi saya kenal siapa dia.

“Selama ini saya tidak pernah nak bermusvh dengan orang. Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kak KM berkongsi berita gembira kemenangan itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya.

“Saya tidak banyak berkongsi hal ini di media sosial kerana mahk4m4h memaklumkan tidak berbuat demikian kerana masih dalam perbicaraan,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber/Kredit : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*