
Si cilik comel dan berpesonaliti menarik, Aaisyah anak Che Ta ini sememangnya dikenali ramai. Siapa sahaja yang tidak tertarik melihat gelagat anak kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ini bukan?
Usianya masih kanak-kanak, namun gelagat Aaisyah yang suka ‘bersiap’ dan bersolek ini telah menjadi tumpuan ramai. Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, lihat sahaja ibunya, Che Ta, masih cantik jelita di usianya.
View this post on Instagram
Malah rakaman si cilik ini yang bersolek lengkap dan posing sakan di tangga yang dikongsikan di TikTok telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu dilihat Aaisyah anak Che Ta posing di tangga sambil aksinya itu dirakamkan.
Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik menerusi akaun TikTok seorang usahawan dengan nama anaszahrin. Berikut adalah perkongsian yang Aaisyah yang dipuji pandai posing ini:
VIDEO:
@anaszahrin suruh turun tangga, korang tengok posing dia anak Che Ta si Aaisyah ni. mak dia tengah bersiap dia boleh main dekat tangga 🤣 #inaiCheTa ♬ Air Dan Ladang (Gamelan) – N.I.A
Memang berbakat sungguhlah si cilik ini! Sudahlah memiliki paras wajah cantik hasil gabungan Che Ta dan Zain Saidin, pandai pula Aaisyah posing bila disuruh.
Siap dengan lirikan mata yang nampak sangat menarik! Bakat yang cukup unik dari anak selebriti ini. Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat Aaisyah dipuji pandai posing ini telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 53 ribu likes.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil rakaman ini. Berikut antaranya:
“Cantiknya..Nanti besar berlakon cerita Mahsuri”
“Born to be model”
“Mata dia tu”
“Bakat senimu dek luar biasa…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :HCL
Leave a Reply