“Power editing”- Cubaan wanita ambil ‘followers’ Ryan Bakery bikin ribuan netizen tergelak

Ryan Bakery nampaknya tidak henti-henti menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, selepas menghiburkan peminat dengan content memori di zaman kanak-kanak dan persekolahan, ramai teruja dapat mendengarkan ceritanya di rancangan Meletop.

Malah baru-baru ini juga, tercapai pemintaan peminat selebriti TikTok Malaysia itu untuk melihatnya bergabung dengan kumpulan lawak terkenal Sepahtu yang mana kemunculan Ryan Bakery bersama Wanchai berjaya membuatkan penonton tak kering gusi menyaksikan lakonan spontan mereka bersama Sepahtu dalam Sepahtu Reunion Live.

297609968_728242218265054_5070755861702620496_n (1)

Umum diketahui juga, Ryan Bakery telah menjadi fenomena di pelbagai platform dan nampaknya muat naik seorang wanita di TikTok ini membuatkan warganet terhibur dengan content melibatkan influencer tersebut.

Ryan Bakery yang mempunyai jutaan pengikut di TikTok membuatkan wanita ini cuba mengambilnya dengan cara sangat kreatif dan video dengan editing menarik dilakukannya ini berjaya membuatkan warganet gelak besar dengan turut diselit karakter popular Ryan Bakery.

VIDEO:

@ummu_tsuwaibah 500k tu sikit je bagi @. hahaha #followers #sajesuka2 ♬ River Flows in You – Yiruma


“500k tu sikit je bagi Ryan Bakery. Hahaha,” seloroh pemilik akaun bernama, ummu_tsuwaibah itu. Ternyata warganet begitu suka dengan content dihasilkan oleh wanita terbabit yang tidak hanya kreatif malah berjaya membuatkan ramai tergelak. Dalam pada itu, muat naik tersebut mendapat lebih 40,000 tanda suka serta ratusan komen ditinggalkan.

“Haha dia amik semua”

Ryan

“Wah kreatif la…”

IMG_20220808_115253_1

“Hahaha terhibur saya kak, kreatif”

Ryan

“Hahaha sampai tinggal telur ye, kreatif betul…”

IMG_20220808_115325IMG_20220808_115340

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*