Tak Prnah Cecah RM1 Juta, Raja Azmi Trkedu Lepas Tahu Brapa Kutipan Trkini Filem Jerangkung Dlm Almari

” Saya mnangis apabila diberitahu berapa kutipan filem Jerangkung Dalam Almari..”

Itu luahan penerbit filem Jerangkung Dalam Almari, Raja Azmi yang tidak menyangka sambutan filem keenam terbitannya itu.

Menurut Raja Azmu, filem terbaru itu berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Filem bergenre seram arahan Shahdan Hashim dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Hansul Rahmat, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi itu mula ditayangkan sejak 4 Ogos lalu.

Men4ngis terus lepas diberitahu kutipan cecah RM1 juta

Raja Azmi berkata, dia tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan perasaan kerana ini kali pertama filem terbitannya berjaya mencecah kutipan RM1 juta sepanjang hampir tiga dekad bergelar penerbit.

” Saya menangis apabila diberitahu filem Jerangkung Dalam Almari berjaya mencecah kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

” Sebelum ini, lima filem terbitan tak pernah meraih kutipan sebanyak ini.

” Filem terakhir, …Dalam Botol pada 2011 hanya mampu memperoleh kutipan sekitar RM700,000.

” Saya menangis dan melakukan sujud syukur filem Jerangkung Dalam Almari berjaya mengutip RM1 juta,” katanya.

Raja Azmi yang pernah menerbitkan filem Black Widow – Wajah Ayu, Cinta 200 Ela dan Haru Biru berharap, momentum penonton akan terus berkekalan sehingga filem habis ditayangkan.

Mengulas penerimaan baik terhadap filem bakal mencapai sasaran RM7 juta, Raja Azmi hanya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

” Sebenarnya, angka RM7 juta sengaja saya sebut kerana membawa maksud baik dalam Islam iaitu tujuh langit dan lapisan syurga.

” Jika mampu mencecah RM7 juta semestinya saya bersyukur, tetapi sekiranya sasaran tidak berjaya pun tidak mengapa.

” Saya bukan terlalu mengharapkan. Seandainya jumlah penonton terus konsisten seperti minggu pembukaan, insya-Allah sasaran RM7 juta tidak mustahil dicapai.

” Cuma mungkin memerlukan masa selepas sebulan filem ditayangkan,” katanya.

Raja Azmi berkata, dia yakin kekuatan filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu terletak kepada jalan cerita.

Namun, katanya, populariti teraju utama, Adi Putra yang mencipta sejarah menerusi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga menjadi faktor menarik penonton ke panggung.

” Selain jalan cerita, saya melihat penampilan Adi dalam filem mempengaruhi penonton.

” Saya juga berterima kabin kepada pengedar filem, Empire Film Solution Sdn Bhd yang bekerja keras membuat promosi sehingga mendapat sambutan tidak dijangka.

” Saya tak berani meletakkan sasaran tinggi kerana filem ditayangkan di 80 panggung sahaja.

” Jika filem ditayangkan melebihi 100 panggung tak mustahil kutipannya bertambah lagi.

” Apapun, saya sudah bersyukur dengan pencapaian minggu pertama ini.

” Sebelum ini, saya pernah hampir menyerah kalah dengan penerbitan filem, tetapi Allah gantikan kesabaran dengan berita kutipan filem Jerangkung Dalam Almari,” katanya.

Tambah Raja Azmi, beliau tidak akan serik untuk terus menerbitkan filem selagi hayat masih dikandung badan.

Jerangkung Dalam Almari mengisahkan kehidupan Fikri (Adi) tidak tenteram kerana sering diganggu jelmaan yang muncul dari dalam almari hingga mengancam nyawa isteri dan anaknya.

Berbekalkan ilmu dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama.

Namun, terpaksa membuat perhitungan dengan abang, Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman jerangkung dalam almari.

Sekilas info Raja Azmi

Yang Mulia Puan Raja Azmi binti Raja Sulaiman dilahirkan pada 27 Jun 1959, lebih dikenali sebagai Kak Mi.

Beliau merupakan seorang pengarah dan penerbit televisyen dan filem Malaysia, berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Gambar:Raja Azmi bersama suami, Eddie.

Beliau terkenal sebagai penerbit komik autobiografi Anak-anak Sidek dan siri animasinya.

Selain itu, antara filem-filem terbitannya ialah Black Widow Wajah Ayu (1994), Cinta 200 Ela (2001) dan Haru Biru (2007). Selain itu, beliau juga aktif menulis dan berlakon.

Beliau berkahwin dengan pemain badminton Dato’ Sri Jalani Sidek pada 23 Disember 1984 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Puteri Suraya (lahir 1985), Puteri Suhaida (lahir 1989) dan Megat Deli (lahir 1994).

Pasangan ini memfailkan percraian pada 27 Jun 2012.

Anak keduanya, Puteri Suhaida meminjamkan suaranya untuk watak Rusitah Sidek, kakak kepada Sidek bersaudara dalam siri animasi Anak-Anak Sidek.

Raja Azmi berkahwin kali kedua dengan gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali pada 13 Oktober 2013.

Raja Azmi dan Eddie telah bercrai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rujuk kembali dua tahun selepas itu. Mereka kekal bahagia sehingga sekarang.

 

Sumber:bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://limauais.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*