[VIDEO] WanChai jelaskan sebab makan ‘berbunyi’ di Sepahtu Reunion Live

Baru-baru ini kemunculan dua selebriti TikTok Malaysia, Ryan Bakery dan WanChai di rancangan popular, Sepahtu Reunion Live begitu meriah. Malah kehadiran mereka juga membuatkan penonton cukup terhibur.

Selain gelagat Ryan Bakery yang sentiasa mencuit hati peminat, WanChai juga tak kurang hebatnya dalam membuatkan penonton ketawa. Meskipun tidak banyak dialog, WanChai sudah cukup menghiburkan penonton di rumah dan studio Sepahtu Reunion Live. Malah antara kelakuan WanChai yang tular adalah makan berbunyi.

@boss_terachi #wanchai #ryanbakery #fyp #sepahtureunionlive ♬ bunyi asal – BosSTeracHi


Buat yang masih ingat, kelakuan WanChai makan berbunyi itu lalu ditegur lucu oleh Jep Sepahtu akhirnya viral kerana tidak perlu berkata-kata sudah cukup menghiburkan netizen.

Terbaharu, WanChai mencuri tumpuan lagi di platform TikTok apabila dia dalam satu sesi live mengulang gelagatnya apabila turut memakan burger. Namun dalam pada masa sama, WanChai yang mengetahui tidak elok makan berbunyi menerangkan bukan itu sebenarnya ingin disampaikan.

@rizrif95 WanChai cerita kenapa dia makan berbunyi masa di sepahtu reunion live hari @ryanbakery @WanChai (8.8.22) @sepahtureunionlive #fyp #ryanbakery #wanchai #sepahtureunion ♬ original sound – 60 STUDIO


Ini kerana, WanChai cuba membuat bunyi seperti makanan tersebut terlekat namun lain pula yang disangkakan. Penjelasan WanChai kenapa dirinya makan berbunyi yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama, Rizrif95 itu juga mendapat perhatian warganet.

Namun begitu, sekali lagi gelagatnya yang bersahaja itu dipuji kerana berjaya menghiburkan penonton Sepahtu Reunion Live.

“Dengar dia punya bunyi makan pun dah buat aku tergelak dah hahaha”

Wanchai

“Haha…”

IMG_20220809_081731IMG_20220809_081741

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*