“Kau ada bini ke..?”- Beng4ng Mengata Fad Bocey T4kut Isteri, Fizi Ali Dis1ndir Netizen

Sejak kebelakangan ini, nama penyampai radio, Fizi Ali menjadi sorotan ramai apabila dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Suria FM demi berhijrah ke stesen radio lain pada saat-saat akhir.

Video:


Terbaharu, Fizi Ali sekali lagi menjadi bualan warganet apabila membuat dikatakan membuat lawak hambar terhadap kekurangan yang ada pada rakan penyampai radio iaitu Fad Bocey.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hot FM di laman Facebook, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin mengatakan dirinya sudah mengetahui serba sedikit mengenai Fad Bocey selama dua minggu dia bertugas di konti tersebut.

Fizi berkata, walaupun Fad memiliki rupa yang ‘gangster’ tetapi dia sebenarnya seorang penggemar minuman koko berbanding kopi seperti kebanyakan orang lain. Malah, penyampai radio berusia 33 tahun itu ‘membahan’ Fad kerana takut kepada  pocong dan katak.

Bagaimanapun, tujuan Fizi untuk ‘membahan’ rakan penyampai dilihat tidak menjadi kerana tidak mendapat sambutan dan gelak ketawa daripada Fad sehingga menerima kritikan di kalangan warganet.

Ramai mengatakan lawak yang cuba dilakukan oleh Fizi adalah tidak sampai dan dilabel sebagai ‘DJ syok sendiri’

Malah, terdapat juga warganet mengatakan walaupun Fad seorang yang takut dengan katak dan bini, sekurang-kurangnya pelawak dan penyampai radio itu masih mempunyai isteri dan setia orangnya.

Fizi Ali tinggalkan Suria FM untuk kembangkan karier

“Kalau berkenaan kerugian Suria FM itu saya tak boleh nafikan. Mungkin ada juga silap daripada saya. Tapi macam mana sekalipun saya tak mahu komen banyak. Cuma saya nak cakap, saya memang sangat berterima kasih kepada majikan saya sebelum ini.”

Demikian kata penyampai baharu Hot FM, Fizi Ali susulan kenyataan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang mendedahkan stesen radio itu terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 apabila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu pada saat akhir.

Fizi, 33, atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, kontraknya bersama stesen radio itu sudah tamat sejak bulan lalu selain ada meminta restu daripada rakan penyampai di sana berkenaan keputusan untuk berhijrah ke Hot FM.

“Kalau ikutkan saya beberapa kali berjumpa dengan Hot FM. Perjumpaan kali pertama itu lebih kepada nak membina hubungan dulu tak ada pun ditawarkan apa-apa. Kalau nak kata keputusan tergesa-gesa itu tidaklah sebab paling utama saya minta restu daripada mak dan ayah.

Mereka pun okay kalau ia boleh mengembangkan lagi karier saya. Di sini juga saya boleh pergi ke beberapa tempat. Selain radio saya boleh pergi ke televisyen juga untuk kembangkan bakat saya.

“Saya pun dah fikir lama juga untuk perkara ini. Kalau ikutkan kontrak saya dengan Suria FM dah tamat pada bulan Julai macam itu. Sebulan dah tamat dan ada tawaran untuk disambung. Cuma waktu itu saya boleh kata dah jadi macam ‘free agent’.

Jadi, itu yang saya fikirkan lama juga dengan keluarga saya. Bila dapat tawaran di sini (Hot FM) saya bersyukur dan sebab itu saya pergi ke sini.

“Mungkin saya tak boleh terlampau menafikan yang saya pergi mengejut. Mungkin silap saya juga di situ. Cuma sebelum saya nak ke sini, saya ada minta restu daripada semua yang ada di sana. Saya tak terus pergi, saya cakap sekian-sekian dan minta restu untuk pergi ke Hot FM.

Alhamdulillah mereka kata kalau itu untuk mengembangkan saya punya karier dan mereka restulah saya untuk kerja di sini. Di sana pun saya okay, di sini pun saya okay. Itu yang yang saya rasa tak ada masalah pun sebenarnya,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kekecewaan DJ Lin terhadap keputusan dibuat itu, Fizi yang juga bapa tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan berkata, dia ada pergi berjumpa setiap orang di sana untuk memohon maaf.

“Secara jujurnya saya masih lagi sayang mereka, kawan-kawan saya masih lagi ramai di sana. Saya tak nafikan memang merekalah yang memperkenalkan Fizi Ali sebagai penyampai radio. Jadi kalau nak cerita berkenaan ini saya macam tak ada apa-apa sangat. Saya lebih kepada ingat jasa mereka.

“Soal kekecewaan DJ Lin, saya tak pasti berkenaan itu. Tapi memang hari-hari terakhir saya di sana saya pergi berjumpa seorang demi seorang. Saya minta maaf kalau ada buat silap,

kalau ada terkasar bahasa ketika bekerja. Jadi saya memang minta maaf pada mereka dan semuanya okay. Saya rasa sepatutnya tak ada apa-apa boleh dikata. Saya berundur secara profesional.

“Saya cakap dengan semua orang saya akan menjadi penyampai di sini termasuk kakitangan dan bos di sana. Saya bagi tahu kenapa nak berhijrah dan dalam hidup kita pun penghijrahan satu perkara yang perlu. Kalau ikutkan saya hampir enam tahun di Suria FM. Selama tempoh itu pasangan penyampai saya dah bertukar lebih lima ke enam kali. Alhamdulillah saya pun dah buat yang terbaik semasa di sana.

“Kalau ikutkan sebelum keluar lagi saya minta maaf kepada semua orang dan bila timbul perkara lain saya dah tak tahu nak cakap macam mana. Jadi bahagian saya dah buat. Cuma perkara macam ini di luar bidang kuasa saya,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, DJ Lin berkata, Fizi sepatutnya memaklumkan perkara itu (berhenti) lebih awal supaya segala persiapan menuju program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini tidak berlaku pembaziran wang ringgit serta menyusahkan masa orang lain.

Menurut DJ Lin, segala perancangan untuk tempuhi tinjauan kajian radio pada bulan September dan Oktober serta program jelajah serta material untuk platform digital untuk sokong kempen ini terpaksa dirombak dan dilakukan semula.

Lihat video:

 

Sumber: Facebook Hot FM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://webfastnews24.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*