“Wallahi Bencl…” Aliff Syukri K0ngsi MV Aksi GeIek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Tegvran!

Ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim tampil memberikan teguran selepas anak lelakinya itu yang memuat naik sedutan klip video lagu terbaharunya bersama penyanyi sensasi, Baby Shima.

Bakal Kalahkan Blackpink & BTS

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Aliff Syukri yang berpendapat konsep MV lagu terbaharunya itu bakal mengalahkan kumpulan Korea Selatan terkenal, BTS dan Blackpink.

“Artis no.1 nak menyanyi please beri laluan 😎🙏🏻🙏🏻🙏🏻. Ada yang tak sabar nak dengar suara penyanyi no.1 Malaysia ni??

Konsep video klip kpop dan akan kalahkan Blackpink dan BTS. Nantikan…”-Tulis Aliff Syukri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Ibu Beri Teguran

Walaubagaimanapun, hantaran yang dimuatnaik oleh Aliff Syukri telah mendapat teguran oleh ibunya, Rozita Ibrahim yang meminta anak lelakinya itu untuk tidak mengundang bala disebabkan aksi gelek yang mencolok mata itu.

“Wallahi benci…Sudah jangan mengundang bala. Satu-satu Kri jemput. Yakinlah Kri niaga ni tak perlu artis akan berjaya. Tak payah joget laga punggung pun dapat rezeki.”-Tegur Bonda Rozita

Datuk Aliff Syukri kini telah menutup ruangan komen hantaran itu selepas mendapat kecaman yang teruk oleh netizen terhadap aksi gelek Baby Shima dalam MV terbaharunya yang akan dirilis kelak.

 

SUMBER: murai.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.rosemerah.dnqj.my/blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*