Baru Nak Buat Lamaran ‘Sweet’, Kaki Atlet Tiba-tiba ‘Cramp’ Sampai Kawan Kena Tolong Urvt

Setiap orang pastinya menginginkan untuk bersama-sama dengan pasangan mereka sehingga ke akhir hayat menerusi perkahwinan. Untuk golongan wanita, lamaran dari pasangan lelaki pastinya ditunggu-tunggu dan sangat bermakna untuk mereka.

Ada satu lamaran oleh seorang atlet Ironman menjadi perhatian orang ramai baru-baru ini. Dalam video lamaran itu, atlet tersebut baharu sahaja selesai menamatkan acara dan terus melamar teman wanitanya di pentas.

Korang boleh tengok video lamaran itu yang dimuatnaik di Facebook Ironman Europe di bawah.

Walaupun situasi lamaran itu tidak romantik jika dibandingkan background tepi pantai atau tempat yang indah, teman wanita atlet itu tetap menerima lamarannya.

Video:


Bukan setakat lamaran itu, tetapi kaki atlet itu yang tiba-tiba kejang sehinggakan beliau tertiarap itu yang menjadi perhatian. Wajahnya yang berkerut menahan sakit ketika melutut untuk melamar itu menjadi buah mulut orang ramai.

Namun, mujur ada kawan yang sudi membantu untuk mengurvt kaki beliau sambil menghulurkan mikrofon untuk menyempurnakan lamaran itu. Walaupun sakit, tetap sweet.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://lobakmerah.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*