Selepas menimang cahaya mata sulung pada Februari lalu, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri tidak menafikan mereka semakin murah rezeki.
Bakal bersama-sama mengadakan konsert berskala besar pada bulan Oktober nanti, pasangan ini tidak melihat kesibukan kerja sebagai satu halangan untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka, Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan.
“T1pu kalau saya kata tidak sedih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi pun saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana.
“Memikirkan nak tinggalkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa sedih, kalau tengok gambar memang meleleh air mata. Khawla pun dah pandai macam-macam sekarang.
“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” kata Ernie.
Ernie akan terbang ke Indonesia bagi mempromosikan single Hal Hebat, kolaborasi bersama kumpulan dari sana, Govinda.
Selain pertolongan daripada ahli keluarga, Syamel dan Ernie turut lega kerana dikurniakan pembantu yang menjaga anak mereka setulus hati.
“Sejujurnya bila memikirkan Khawla bersama pengasuhnya pun sudah buat saya tak tentu arah.
“Fikir dia tengah buat apa, senyuman dia, tetapi bila di rumah, kami pastikan dia sepenuhnya bersama kami.
“Harapnya bila dah besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,” kata Syamel pula.
Untuk info, Syamel dan Ernie bakal mengadakan konsert sulung mereka, Konsert Syamel Dan Ernie Zakri: Aku Cinta di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Oktober depan.
Tiket dijual pada harga RM500 (Diamond), RM400 (Platinum), RM300 (Gold), RM250 (Silver) dan RM200 (Bronze).
Foto: Instagram Syamel, Ernie Zakri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Leave a Reply