
Jika disebut sahaja nama Amy Search, pasti umum mengenali penyanyi rock penuh aura ini. Peminat kumpulan Search serta peminat Amy sendiri bukan berada di Malaysia saja, malah di Indonesia juga ramai yang menjadikan dirinya sebagai idola.
Setelah 16 tahun berkahwin buat kali ke-4 bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.

Kami mahu kongsikan kisah 3 pernikahan Amy terdahulu yang berakhir dengan perpisahan seperti yang diambil dari wikipedia.
Faridah Fadzil
Pada usia 25 tahun, Amy telah menamatkan zaman bujangnya buat kali pertama pada tahun 1983. Perkahwinan Amy pada ketika itu tidak terdedah dengan liputan media, memandangkan pada ketika itu Search belum melahirkan album lagi. Wanita bertuah itu dikenali sebagai Faridah Fadzil dan mereka dikurniakan cahaya mata, pelakon Nabila Huda. Perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana mereka bercer4i pada 1985.
Noorliza Abdul Latiff

Walaubagaimanapun dalam tempoh perkahwinan ini, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. Difaham Noorliza pernah berlakon dan pernah muncul sebagai watak tambahan dalam filem Litar Kasih (1996).
Roslisa Ahmad

Wajah Irisha ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Irisha kini menetap dengan Roslisa di Amerika Syarikat.
Pada usia 45 tahun, Amy akhirnya bertemu jodoh dengan Norish dan mereka berkahwin pada Oktober 2003. Perkahwinan kali keempat Amy terbukti utuh dan bertahan sehingga kini.
Sumber/Kredit : murai.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://bartasangbad.site/
Leave a Reply