“Ulang2 tgk”- Gelagat ‘sweet’ Neelofa minta suami jangan tinggalkan cuit hati peminat

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa dan jejaka pilihan hatinya, Haris Ismail atau turut dikenali dengan panggilan PU Riz selepas mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu seringkali menjadi perhatian di media sosial. Rumah tangga pasangan sama cantik, sama padan ini juga semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung Januari lalu.

Meskipun jarang dapat melihat perkongsian tentang mereka di media sosial namun gelagat mereka di beberapa majlis sering ‘menangkap’ tumpuan netizen dan tular menjadi perbualan.

IMG_20220822_123307_1

Walau bagaimanapun, terbaharu Neelofa dalam sebuah majlis bersama team Nunha menarik tumpuan warganet selepas satu muat naik memaparkan gelagatnya dan suami lalu membuatkan rata-rata mereka ‘cair’ melihatkan kemesraan spontan terjadi ini.

Melalui rakaman pendek berdurasi 15 saat yang dikongsikan lalu tular ini menunjukkan Neelofa dan suami bersama team Nunha iaitu jenama inainya yang kini semakin dikenali namun dalam pada Neelofa bercakap gelagat Haris Ismail yang ingin pergi dihalang comel oleh Neelofa menyebabkan keadaan sekeliling menjadi meriah.

Manakan tidak, telatah spontan Neelofa terhadap Haris Ismail itu membuatkan video dikongsikan tersebut turut ditinggalkan ratusan reaksi disamping peminat dapat juga melihat sikap berbeza selebriti jelita itu yang menjadikan suaminya sebagai kekuatan dan semangat buat dirinya.

“Tapi cukuplah bagi kita kenal karakter Neelofa…”

NeelofaIMG_20220822_123341

“Memang nampak Lofa sayang sangat ke suami dia ni kan”

IMG_20220822_123354Neelofa

“Ulang ulang tengok…”

IMG_20220822_123420

“Bagus dia nampak sangat menghormati suami”

IMG_20220822_123436Neelofa

 

ApaPendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*