Pelakon jelita, Amelia Henderson atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson menjadi bualan netizen sekali lagi apabila dia tampil dengan pakaian yang mencolok mata sehingga mengundang kritikan dan kecaman daripada orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anistaqwa di laman TikToknya, dia bersama Amelia sedang bergambar ketika berada di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) yang telah melabuhkan tirainya, kelmarin.
@anistaqwa #klfw2022 #ameliahenderson ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi
Allahuakbar! pakaian apa dia pakai ni?
Bagaimanapun, rata-rata netizen menyifatkan pakaian yang dipakai oleh pelakon berusia 27 tahun itu adalah tidak bersesuaian dan begitu terdedah untuk dilihat oleh umum.
Mana tidaknya, pakaian yang digayakan oleh Amelia begitu seksi sehingga menampakkan lurah dadanya itu telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana ia menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.
.
Dia ni islam ke bukan?
Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan status agama dan bangsa yang dimiliki oleh Amelia memandangkan pakaiannya itu sudah sama seperti gaya orang barat
Semoga diberi hidayah
Bagaimanapun, disebalik kecaman dan kritikan daripada umum, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar Amelia diberi hidayah dan terbuka hati untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, selepas ini.
Sumber: TikTok @anistaqwa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:http://www.rosemerah.dnqj.my
Leave a Reply