Cantiknya Rumah Pengantin Baru! ‘Belanja’ Deko, Kediaman Wany Hasrita Tarik Perhatian Peminat

Penyanyi Wany Hasrita mencvri perhatian ramai apabila mempamerkan kediamannya bersama suami, Mohd Al-Adib Fahmi.

Menerusi platform TikTok, Wany memuat naik video menunjukkan sebahagian kawasan ruang tamu kediaman yang bertemakan moden kontemporari.

“Sweet home,” tulis Wany ringkas di bahagian kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan sebahagian daripada rumahnya menggunakan rona coklat dan krim untuk beberapa perabot dan dinding latar rumah.

Video:

@wanyhasrita Sweet home. @Nice-Style Malaysia #id #homedecor #home ♬ im obsessed – &lt3


Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan di laman TikTok.

Sekadar info, Wany selamat bernikah dengan Adib, 30, dengan dua kali lafaz di sebuah premis acara di Damansara Perdana pada 22 Julai 2022.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*