Kini guna 4 mesin, Syahmi Sazli terpaksa naikkan harga air balang

Selain dikenali dalam bidang lakonan dan dunia perfileman, Syahmi Sazli kini semakin berjaya dalam bidang perniagaan apabila sejak memulakan perjualan air balang miliknya baru-baru ini, Syahmi Sazli berjaya mendapat keuntungan luar biasa.

Malah sejak akhir-akhir ini, air balang Syahmi Sazli juga mendapat sambutan baik pelanggan meskipun kini dijual menggunakan botol manakala terbaharu, Syahmi Sazli berkongsikan bahawa dia kini menggunakan empat biji mesin.

Syahmi Sazli

“Alhamdulillah harini kami dah start guna 4 biji mesin untuk isi air balang mi… masih lagi kekok sikit. Esok jumaat Mi jual air balang ye, Mi standby dalam 3800 botol.” Ujarnya yang meluahkan rasa syukur kerana sudah mula menggunakan empat biji mesin untuk perniagaan air balangnya itu.

Syahmi Sazli menambah lagi disebabkan menggunakan mesin tersebut, air balang itu tidak lagi mempunyai ais batu yang mana sememangnya seratus peratus air sahaja. Walau bagaimanapun, dia perlu menaikkan air balangnya itu berharga RM6.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)


“Tapi ni Mi nak bagi info sikit, bila guna mesin ni, dah takde ais dalam botol. 100% isipadu air je. 500ML. Jadi bila kira-kira modal, Mi terpaksa naikkan harga menjadi RM6 sebotol.” Tulis Syahmi Sazli berkaitan air balang miliknya.

Menjengah pula keruangan komen, netizen hadir meninggalkan pelbagai pandangan mengenai harga air balang yang terpaksa dinaikkan oleh YouTuber terkenal itu.

“Tak mahal doh kalau ikutkan tu”

Syahmi Sazli

“Moga mampu setaraf tealive…”

IMG_20220826_140715

“Oke je RM6, ada air botol brand lain sampai RM10 sebotol”

Syahmi Sazli

“Sedap…”

IMG_20220826_140742

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*