Udara Dari Konsert Billie Eilish Dijual Online Dengan Harga Kira-Kira RM48 Ribu!

Penyanyi antarabangsa, Billie Eilish ini telah pun mengadakan konsertnya buat julung kali di Malaysia beberapa hari yang lalu. Sambutannya sangat meriah dan tular juga peminat beratur seawal pagi di luar stadium sebelum acara sebenarnya adalah pada malam berkenaan.

Kemudianya Billie Eilish melangsungkan konsert jelajahnya di Singapura pula. Bagaimanapun, menerusi laporan Mothership.sg baru-baru ini, ada individu yang menjual udara dari konsert Billie Eilish di sebuah platfom menjual beli di dalam talian.

Individu ini didakwa mengambil kesempatan menjual ‘benda’ tersebut dengan harga S$15,000 atau kira-kira RM 48,000. Seriuslah? Dikatakan udara yang dijual itu didakwa diambil ketika di konsert penyanyi tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

udara dari konsert billie eilish 1

Udara dari konsert Billie Eilish itu dijual di dalam bungkusan plastik yang diikat getah yang biasanya dibuat bungkus air minuman. Selain dari itu, individu yang menjual produk aneh ini juga turut mengakui udara berkenaan di ambil dari konsert penyanyi popular itu.

Katanya dia berdiri sangat hampir dengan pentas di konsert itu dan berkesempatan mengambil udara nafas Billie Eilish. Individu berkenaan turut memuat naik foto ketika di konsert berkenaan dengan paparan Billie Eilish yang berada betul-betul di depannya.

udara dari konsert billie eilish 3

Lebih mengejutkan apabila si penjual turut memberikan jaminan bahawa plastik bungkusan tersebut diletakkan di dalam balang untuk elakkan dari kebocoran. Kalau korang nak beli tak barang ‘rare’ macam ini?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*