Aktif sebagai seorang aktivis, belajar pula dalam bidang psikologi memang sesuai sangat.
Setelah dua tahun menunggu tarikh untuk konvokesyen akhirnya adik kepada aktivis kemanusiaan terkenal, Datin Seri Nurheliza Helmi berjaya menggegam Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan jurusan Psikologi.
Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, atau dikenali sebagai Hazwani menerima ijazah tersebut pada 17 Ogos 2022 di Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Berseri-seri wajah Hazwani menyerlahkan kegembiraan dan kesyukuran meraikan detik-detik dirinya bergelar seorang graduan.
Berkongsi di Instagram miliknya, Hazwani yang membahasakan dirinya Ika, dihujani dengan ucapan tahniah dari para pengikut yang turut bangga dengan kejayaannya itu.
Memetik kata-kata Hazwani di ruangan kapsyen, dia meluahkan bahawa keluarga adalah segala-galanya serta saksi jauh bangunnya sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah.
View this post on Instagram
“Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga tercinta. Mereka jadi saksi saat ika jauh, saat ika taut, saat ika buntu dan mereka juga menjadi saksi hingga ke saat ini ika dapat memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi). Alhamdulillah, Ya Rabb. Semua dengan izin Allah.
“Berkat doa mereka dan kesabaran mereka mendengar kelvh kesah anakanda yang banyak kekurangan ni menjadi asbab ika dapat tamatkan pengajian di Universiti impian ika sejak usia 16 tahun lagi.
“Alamak, tetiba seb4k pulak. Ika mohon, doakan untuk Mama Abah dan adik beradik ika termasuk abang ipar ika (abg long, abg dee) dan semua muslimin muslimat sentiasa dalam jagaan Allah, sentiasa diperhatikan Allah, sentiasa dicintai Allah, dan dikenali oleh Rasulullah.
Tidak ketinggalan, Datin Seri Nur Heliza Helmi turut memuat naik satu posting detik kejayaan adik kesayangannya itu di akaun Instagramnya.
Rata-rata peminat dan juga rakan artis tidak ketinggalan dengan memenuhi ucapan tahniah di ruangan komen tersebut.
Sekadar info, nama Datin Seri Nur Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara sehingga pernah dilantik sebagai ikon untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pasangan adik beradik ini bukan hanya sering memperjuangkan isu ummah di Gaza dan Syria malah mereka pernah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke negara tersebut bagi memberikan sumbangan serta membantu masyarakat di sana.
Kredit Foto: Instagram Hazwani Helmi
“Jazakumullahu khair The Helmis. Semoga kita berpimpin tangan hingga ke syurga Ilahi bersama kekasih hati.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : nona/ ig Hazwani Helmi
Leave a Reply