Puteri Sarah Syukur Anak Sulung Usia 5 Tahun Ringan Tulang

Mendidik anak bukan sahaja menghantar mereka ke sekolah sahaja, namun penting untuk mengajar untuk melakukan kerja rumah lebih-lebih lagi anak lelaki.

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah ada memuat naik video memaparkan anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah. Menerusi video itu, anak sulungnya yang baru berusia 5 tahun sedang membasuh pinggan yang berada di dalam sinki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)


Puteri Sarah menyifatkan anaknya itu seorang yang baik dan rajin membantunya serta menghormati orang tua dan sentiasa menjaga adiknya, Summayah.

“Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you.  Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik,” tulisnya.

Dalam video tersebut, Syaikhul turut berkata dia mahu membantu ibunya serta meluahkan rasa sayang terhadap ibunya itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur Puteri Sarah dikurniakan anak yang soleh dan baik.

Malah, ramai memuji anak kepada pelakon itu kerana rajin membantu dan menghargai ibunya meskipun masih di usia kecil. 

KOMEN NETIZEN:

 

SUMBER: rotikaya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.rosemerah.dnqj.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*