“Salah Saya Sendiri” Elvina Mohamad Mohon Maaf Pakaian Terlalu S3ksi Di KLFW

Pelakon, Datin Elvina Mohamad, baru-baru ini menerima komen pedas dari netizen kerana pakaian yang digayakan sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang dianggap terlalu s3ksi.

Susulan isu tersebut, Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad, memohon maaf atas penampilannya yang mungkin menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Menurut sumber, Elvina menerangkan dia hanya sekadar menggayakan pakaian rekaan Alia Bastamam, dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi bualan netizen.

Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam. Dia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.”

Dalam pada itu, pelakon Cinta Si Wedding Planner tersebut menerima kecaman dengan hati yang terbuka dan mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD 🦋 (@elvinamohamad)


Tambahnya lagi, sesetengah pihak mungkin tidak boleh menerima cara pemakaiannya ketika acara berkenaan kerana watak yang selalu dilakonkan lebih kepada wanita yang lemah lembut di kaca televisyen.

Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu( seksi). Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja.”

Walau bagaimanapun, ruangan komen bagi posting yang dibuat di Instagram milik Elvina telah ditutup susulan kecaman yang dilontarkan oleh netizen.

 

Sumber : OH BULAN!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.rosemerah.dnqj.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*