[VIDEO] Obses Dengan Blackpink, Lucinta Luna Harap Peminat Suka Penampilan Sebagai Jisoo

Selebriti Indonesia Lucinta Luna mengharapkan penampilan baharunya dapat diterima masyarakat sekali gus memuaskan keinginan untuk kelihatan persis bintang kegemarannya, Jisoo Blackpink.

Kata Lucinta, setelah melakukan beberapa pemb3dahan plastik di Korea Selatan baru-baru ini, tahap kesihatannya semakin pulih namun beberapa bahagian wajah seperti pipi dan mata masih bengkak.

“Ini masih bengkak kerana semua lemak di perut sudah dipindahkan ke muka, pipi, mata dan ke atas.

“Dalam tempoh sebulan saya melakukan tiga pembedahan. Minggu pertama dahi, hidung dan bibir. Minggu kedua lemak pindah ke muka dan rahang sebelum peti suara,” terangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)


Lucinta Luna turut mengakui sudah tidak terhitung jumlah pembedahan plastik yang sudah dilakukan semata-mata untuk memenuhi keinginannya.

Meskipun memilih untuk memiliki wajah persis Jisoo namun Lucinta Luna tetap mengakui dia merupakan peminat setia Lisa dan penyokong tegar penyanyi kelahiran Thailand itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*