Bapa laung azan sayup-sayup sebelum anak keluar rumah, buat semangat sebelum akad nikah… Tahan seb4k tak dapat ikut

BERSAMA orang tersayang bagi meraikan hari bahagia tentunya menjadi impian setiap insan.

Namun berbeza kisahnya bagi pengantin lelaki, Fahmi, 27, apabila bapanya, Mustapa Kamal, 59, tidak dapat hadir ke majlis akad nikahnya yang berlangsung pada 27 Ogos atas faktor kesihatan.

Walaupun tidak dapat bersama, si bapa sempat melaungkan azan sebelum rombongan anaknya berangkat dari kediaman mereka di Bandar Pusat Jengka, Pahang.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Momen sayu yang dikongsikan kakak pengantin iaitu Azie, 32, di TikTok turut mengundang seb4k dalam kalangan netizen.

Bercerita kepada mStar, Azie memberitahu bapa mereka bertindak melaungkan azan bagi memberi semangat kepada adiknya.

“Ayah betul-betul sedih tak dapat temankan Fahmi. Masa kami dah standby dalam kereta ayah tiba-tiba panggil adik. Dia cakap dia tak boleh pergi dalam keadaan sebak.

“Dia tak tahu saya rakam. Dia azankan macam dalam video tu sebab nak bagi semangat. Dia risau adik gugup waktu nak angkat nikah. Masa ayah azan tu ada saya, mak, adik dan nenek. Ayah asyik pegang dada masa laungkan sebab dada dia sakit sangat.

“Lepas azan, Fahmi terus peluk ayah dan mak. Ayah sempat pesan suruh dia selawat banyak-banyak sebelum akad tu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Adik lafaz nikah tu dua kali saja.

Azie (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya.

“Saya, ibu dan bapa saudara semua ada masa adik akad nikah tu. Kami tak nak dia sedih mak dan abah tak dapat pergi. Famili pula memang jenis rapat. Susah senang memang kami semua bersama,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Tambah Azie, bapa mereka masih lemah kerana baru sahaja menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Jengka, Pahang.

“Ayah saya tak boleh datang majlis sebab dia dalam keadaan lemah dan tak boleh nak bangun berjalan sendiri. Memang kena ada orang papah bantu dia bergerak. Dia memang tak larat bergerak sebab baru saja keluar dari ICU sebab penyakit asthma.

Lepas azan, Fahmi terus peluk ayah dan mak… ayah sempat pesan supaya dia selawat banyak-banyak sebelum akad tu.

AZIE

KAKAK

“Sebelum ni kami sekeluarga tak tahu dia sakit. Masa pergi kenduri saudara di Shah Alam ayah jatuh sakit dan terpaksa bawa dia ke hospital di sana. Masa tiba di wad kecemasan jantung dia dah terhenti seketika. Rupanya masa tu baru tahu paru-paru sakit tahap empat dah.

“Doktor terpaksa buat CPR (Cardiopulmonary resuscitation) masa tu. Dia ada pesan dekat kami supaya jangan letak harapan sebab ayah dah 40-60 dan minta kami berdoa saja,” jelas Azie.

Semua saudara mara serta adik beradik hadir ke majlis tersebut.

Menurut Azie, bapanya kemudian dipindahkan ke Hospital Jengka kerana berhampiran dengan rumah mereka.

Keadaan bapa yang semakin stabil membolehkan dia keluar hospital tiga hari sebelum hari pernikahan adik ketiga daripada empat beradik ini.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, rata-ratanya turut bersedih dengan perkongsian Azie melihat kesungguhan seorang ayah ini.

Bukan sahaja warga maya, ahli keluarganya juga turut bersedih setelah melihat semula rakaman tersebut.

Majlis akad nikah Fahmi selesai pada 27 Ogos.

“Saya memang suka ambil video momen dalam famili untuk simpan dijadikan kenangan. Andai satu hari nanti mereka dah tak ada, video ni sajalah yang akan dijadikan pengubat rindu.

“Nanti majlis sanding belah lelaki pada 3 September, saya yang buat pelamin untuk Fahmi. Semua urusan saya dan adik yang akan buat asalkan majlis berjalan dengan lancar.

“Masa tu insyaAllah ayah dah makin pulih dan boleh hadir di majlis dekat Desa Jaya, Jengka,” jelas Azie.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*