Ramai Puji Fazley Mop Lantai, Cuci Munt4h Anak Di Kedai Serbaneka

Selebriti dan usahawan popular, Datuk Fazley Yaakob berkongsi potongan video lama ketika dia mengemop lantai di sebuah kedai kerana anaknya, Fierudz Fazley termuntah.

Video itu dimuat naik menerusi entri di akaun Instagramnya, lalu mendapat perhatian ramai netizen.

“Piyush termuntah di kedai? masih saya ingat masa ini, @fierudzfazley masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai di kedai.

“Kelam kabut saya saya pinjam baldi dan mop dari kedaii tu, nak marah kesian dan dalam masa sama, yang muntah itu anak saya, takkan lah saya biar pekerja kedai yang bersihkan, kalau korang, korang buat apa?” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Fazley dan menyifatkan perbuatan itu sebagai satu contoh yang baik kepada orang lain.

“Contoh yang baik.

“Kejadian yang jarang berlaku, kalau orang lain dah keluar tinggalkan saja staff yang akan buat, respect Datuk!

Good job Datuk Fazley!

“Mulianya pekerti Dagtuk dan beri contoh yang baik buat anaknya juga masyarakat,” antara yang dicoret netizen.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


Apapun, siapapun kita, sentiasalah bersikap baik dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MuraiMY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*