“Tiba-Tiba Rasa Mcm Ada Peminat…” -Ayda Jebat Tidak Sngka Masih Ada Peminat, Skli Ini Reaksi Beliau

Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 17 Mac tahun 1992, berasal dari Ayer Keroh, Melaka. Ayda juga merupakan salah seorang peserta dalam rancangan pertandingan nyanyian realiti iaitu Akademi Fantasia musim ke-9.

Beliau mula menjadi sebutan peminat menerusi lakonannya dlaam siri drama ‘Rindu Awak 200%’ pada tahun 2014. Beliau turut terkenal menerusi filem yang dilakonkan yang berjudul ‘Pinjamkan Hatiku’ dan ‘Gila-Gila Remaja 2’.

Ayda Jebat berkahwin dengan juga seorang pelakon dan pengacara iaitu Nabil Mahir pada 28 April tahun 2020, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ana Nayla dilahirkan pada 21 September tahun 2021. Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau bertemu dengan peminatnya, namun reaksi beliau seperti berasa seb4k.

Video:

@xbbxpsychox

she nangis sebab tak sangka still ada fans yaa

♬ Pencuri Hati – Ayda Jebat


Beliau mengatakan dapat merasakan bahawa dirinya masih mempunyai peminat hingga kini. Netizen turut memberi pujian kepada Ayda Jebat, mengatakan sikap beliau yang sentiasa menghargai peminat-peminatnya. Ada juga yang mengatakan beliau sememangnya terkenal dengan lakonan dan nyanyiannya yang berbakat. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan seperti anugerah Artis Baru MeleTOP, Pelakon TV Wanita Popular dan banyak lagi.

Netizen turut memberi kata-kata positif diruangan komen, mengatakan reaksi Ayda Jebat membuatkan orang ramai terharu dengan sikapnya yang sentiasa menghargai peminat-peminat beliau.

Netizen juga meminta beliau untuk kembali aktif dalam industri muzik. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 211.1K penonton, 22.0K sukaan dan 35 komen.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*