Nampak bapa panas bawah khemah, pengantin terus dukung masuk ke bilik… ramai kata si isteri beruntung!

RATA-rata anak lelaki khususnya anak sulung mempunyai hubungan yang rapat dengan bapa mereka.

Meskipun sudah meningkat dewasa dan melangkah ke alam rumah tangga, hubungan erat dan kasih anak terhadap si bapa tetap utuh seperti sebelumnya.

Begitulah juga dengan Aidil Akmal Ismawi yang tetap menjaga bapanya yang kini tidak mampu berjalan akibat mempunyai masalah saraf sejak enam tahun lalu.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kasih sayangnya terhadap bapanya, Ismawi Pet, 46, jelas terpancar saat dia dilihat bersusah payah mendokong dan memapah bapanya ketika majlis pernikahannya pada 31 Ogos 2022 dalam satu video tular.

Ketika dihubungi mStar, pemuda yang senang disapa sebagai Aidil ini berkata. bapanya terpaksa dijaga rapi oleh dia dan ahli keluarga akibat lumpuh sepenuhya.

“Ayah saya dah tak boleh bercakap dan berjalan. Senang cerita dia dah lumpuh sebab masalah saraf.

“Sebelum dia sakit, ayah bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Selangor. Sekarang dia memang tak boleh bekerja dan tak mampu buat apa-apa sendirian.

“Selama dia sakit sejak enam tahun lalu kami satu keluarga yang bergilir-gilir menguruskan ayah. Saya akan angkat ayah ke bilik air atau pindah tempat di dalam rumah,” kata Aidil yang tinggal di Bukit Beruntung, Selangor.

Video yang dikongsikan oleh sepupunya di laman sosial itu membuatkan netizen tersentuh hati melihat kasih sayang antara dua beranak, begitu juga tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Aidil dan pasangannya berkahwin pada 31 Ogos 2022.

Bercerita lanjut mengenai video itu, Aidil yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik berkata, semasa hari persandingannya dia sememangnya sibuk melayan tetamu yang hadir.

Cuaca pada hari majlis berlangsung agak panas membuatkan bapanya yang berada di luar rumah berasa tidak selesa.

Menyedari terik matahari dan bapanya yang berkerusi roda terasa bahang kepanasan berada di bawah khemah, Aidil memutuskan untuk mengangkatnya masuk ke dalam rumah.

“Walau sibuk layan tetamu tapi sempat toleh ke arah ayah. Saya tengok dia duduk atas kerusi roda dalam keadaan panas dan tak selesa.

Saya baru masuk fasa awal perkahwinan dan berharap apa yang diperkatakan dan doa semua orang termakbul.

AIDIL AKMAL

“Saya kasihan tengok dia jadi saya pun tolak kerusi roda ke dalam rumah. Sampai saja depan pintu saya terus angkat ayah masuk dalam bilik dia.

“Ini bukanlah kali pertama saya angkat ayah jadi tak ada sebarang masalah nak dokong dia,” ujarnya lagi.

Perkongsian video detik manis bercampur hiba menunjukkan kasih sayang antara anak dan bapa ini telah dihujani pelbagai komen netizen di TikTok.

Warga maya memuji tindakan Aidil yang tidak mengabaikan bapanya walaupun sibuk sebagai pengantin dan menganggap isterinya bertuah memiliki lelaki ini sebagai suami.

Aidil (kiri, belakang) bersama ahli keluarganya.

“Saya tak sangka video hari kahwin tu akan viral. Tanggungjawab saya sekarang lebih besar. InsyaAllah saya akan beri layanan sama adil untuk keluarga dan isteri memandangkan saya anak sulung.

“Apa-apa pun saya berterima kasih atas segala pujian dan doa-doa yang baik diberikan. Saya baru masuk fasa awal perkahwinan dan berharap apa yang diperkatakan dan doa semua orang termakbul,” jelas Aidil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*