Dah 2 tahun kahwin pengantin masih sed1h, idam pelamin putih diberi warna warni! Owner butik kata ‘acik lebih tahu’

LAIN yang diidamkan, lain pula yang dapat.

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan situasi wanita ini apabila pelamin untuk majlis resepsinya ‘lari’ tema serta tidak menepati kehendaknya gara-gara kesilapan pihak butik pengantin.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita tersebut turut berkongsi gambar contoh pelamin impiannya serta pelamin yang dihasilkan oleh pihak butik berkenaan yang ternyata berbeza seperti langit dan bumi!

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ain Taha berkata, dia memilih untuk menggunakan khidmat butik pengantin berkenaan selepas dicadangkan oleh salah seorang rakan ibunya.

“Sebenarnya bila nak kahwin, kita akan survey banyak tempat. Butik ini kawan mama saya yang suggest. Bila orang tua cadangkan, kita serba salah. Kawan mama saya pun cakap servis butik ini elok.

“Saya sempat buat research juga dan tengok testimoni klien mereka okay saja. Bila pergi food tasting, lauknya menepati citarasa. Saya tanya, boleh ke kalau nak buat pelamin. Owner butik kata boleh.

“Saya tunjukkan satu gambar pelamin yang mereka dah buat dan minta tukar tema warna saja kerana saya nak semua putih. Owner minta saya beri gambar rujukan, saya tunjukkan satu gambar dari Google. Saya tekankan yang nak semua warna putih, tak mahu bunga lavender atau bunga berwarna yang lain.

pelamin 2

Gambar pelamin idaman Ain yang diberikan kepada pemilik butik sebagai rujukan.

“Saya cakap, dekat meja makan beradap dan meja tetamu bolehlah nak sikit bunga ros merah tapi minimal. Di pelamin semua putih. Dia cakap lagi senang sebab semua putih,” cerita wanita berusia 30 tahun ini.

Tambah Ain, pihak butik datang memasang pelamin di dewan sehari sebelum majlis resepsinya berlangsung.

“Masa mereka set up, saya sibuk sebab hari tersebut saya nikah. Lewat malam baru dapat gambar pelamin. Saya mesej owner butik dan beritahu ini bukan yang saya nak. Dia kata tak apa, acik banyak pengalaman. Awak ikut saja, acik lebih tahu.

pelamin 1

Pelamin di majlis resepsi Ain, hasil dekorasi pemilik butik pengantin.

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab dah penat nak fikir. Esoknya, masa saya melangkah masuk dewan, perasaan bercampur baur. Rasa nak menangis tapi terpaksa senyum. Kenapalah buat macam ni. Kita ni bayar, bukan sponsor.

“Sepatutnya mereka kena ikut kehendak klien sebab klien bayar untuk perkhidmatan mereka,” ujar Ain yang merupakan seorang usahawan makanan sejuk beku.

Meskipun sudah dua tahun insiden sedih itu berlaku, Ain berkata tujuannya memuat naik video di media sosial hanyalah sekadar mahu berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran buat bakal pengantin yang lain.

Kita ni punyalah survey, tapi kalau Tuhan kata macam ni, macam inilah jadi. Sampai sekarang sebak bila tengok pelamin orang lain cantik je.

AIN TAHA

“Konlusinya, niat saya bukan nak tutup periuk nasi owner butik. Saya tak sebut nama mereka pun. Saya cuma berharap pengalaman saya ini jadi pengajaran kepada yang lain.

“Ada yang komen, mungkin sebab bajet saya kecil, sebab tu dapat pelamin macam itu. Saya nak jelaskan, saya langsung tak beri bajet tertentu sebab saya willing nak bayar. As per discussion, harga dah setuju, deko pun dah setuju tapi hasilnya jadi macam ni.

“Kita ni punyalah survey, tapi kalau Tuhan kata macam ni, macam inilah jadi. Sampai sekarang sebak bila tengok pelamin orang lain cantik je. InsyaAllah, perancangan nak sanding semula tu ada, jika ada rezeki nanti.

pelamin 3

Ain dan pasangannya terpaksa reda walaupun sedih kerana waktu terlalu suntuk untuk membuat dekorasi baru.

“Jadi buat bakal pengantin, jangan takut untuk fight sebab kita bayar. Kalau boleh, pergi tengok sendiri masa mereka set up pelamin supaya boleh pantau dan minta seperti yang kita mahu,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh Ain di TikTok meraih lebih 738,000 jumlah tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*