Azhar Sulaiman ulas kes Puteri Balqis, Kasih Leona pula kena m4ki… “Tolong henti kaitkan apa yang dilakukan dengan saya”

KENYATAAN yang dikeluarkan oleh pelakon Azhar Sulaiman berhubung isu membabitkan Puteri Balqis yang did4kwa menjadi m4ngsa amang seksu4l bapanya sendiri telah menyebabkan anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona menjadi sasaran netizen.

Kasih atau lebih mesra dengan sapaan Leona, 20, meminta netizen berhenti mengaitkan dirinya dengan apa sahaja yang dilakukan oleh bapanya memandangkan mereka bukan sentiasa berkongsi atau berbual tentang sesuatu isu yang berlaku.

Katanya lagi, dia juga tidak tahu mengapa Azhar berkongsi pandangan mengenai kes melibatkan pelakon remaja itu di media sosial miliknya.

“Saya tahu saya adalah anaknya tetapi tolong berhenti mengaitkan semua yang dia lakukan dengan saya.

leona

Leona menjelaskan tidak semua benda mereka kongsi bersama.

“Kami tidak selalu bercakap tentang isu yang berlaku, jadi saya tidak tahu mengapa dia membuat kenyataan sedemikian,” katanya menerusi Twitter.

Meskipun telah meminta namanya tidak dikaitkan dengan tindakan Azhar namun masih ada netizen yang tetap tidak berpuas hati dan meminta dia menasihati bapanya agar tidak mencampuri urusan orang lain.

“Kamu tahu, tapi itulah realiti. Dia adalah ayah kamu, mesti anak-anak pun kena tempias. Puteri Balqis yang ayah awak nasihatkan pun anak orang juga, ayah awak tak terfikir pula perasaan Puteri Balqis atau ibunya. Jadi kenapa orang perlu fikir perasaan awak dan ayah awak?

“Ayah kamu patut fikir sebelum memberikan pendapat tapi saya rasa dia tidak sepatutnya memberikan pendapat secara terbuka. Beritahu ayah kamu, fikirkan dulu tentang keluarga sendiri. Jadilah professional, dia juga seorang selebriti,” kata netizen.

Terdahulu, Azhar, 50, membuat hantaran di Instagram miliknya yang kini sudah dipadam memberi pandangan berhubung temu bual yang dibuat oleh Puteri Balqis atau Aqish yang disifatkan tidak mendatangkan kebaikan.

Azhar turut mempersoalkan adakah ada yang menasihati pelakon itu sebelum membuat pendedahan berkenaan selain berpendapat aib keluarga perlu dijaga.

553

Pendedah4n yang dibuat Puteri Balqis sebelum ini memang mengejutkan peminat.

“Selepas mendengar beberapa minit, Mami minta kawan untuk menghentikannya.

“Dalam kepala Mami terus terfikir, tiada perkara yang baik akan berlaku menerusi temu bual ini. Tiada siapa-siapa nasihat dia dulu sebelum buat ini?

“Mak dia ok fasal ini? Wartawan pun patut ada rasa tanggungjawab bila tanya ini sebab ada implikasi lepas rahsia terbongk4r.

“Kadang-kadang ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja kita sebagai selebriti. Aib keluarga perlu kita jaga,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*