Nasib baik sempat lock! ‘Mat pet’ berani us1k dua gadis, siap cuba buka pintu kereta… “Mata dia merah dan menakutkan”

PESANAN agar sentiasa mengunci pintu kereta setiap kali masuk, keluar atau menunggu didalam kenderaan sering kali kita dengar.

Semuanya bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini tanpa disangka-sangka.

Namun alangkah malangnya bagi gadis bernama Nur Hafira Azrina Normadi apabila terpaksa berdepan detik cemas sejurus keretanya diparkir berhampiran sebuah stesen bas, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Cerita gadis berusia 24 tahun yang mesra disapa Fyra itu, secara tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali meluru ke kenderaannya dan cuba membuka pintu kereta.

“Saya dan housemate baru balik dari tempat kerja. Kami memang selalunya balik pukul 7 malam ke atas.

“Hari kejadian tu dah pukul 7.50 malam, housemate minta teman dia ke stesen bas untuk beli tiket dia nak balik kampung. Lepas siap urusan beli tiket saya pula ajak dia teman cari tudung dekat kedai berdekatan stesen bas.

“Ketika saya baru saja parkir memang dah mula rasa tak sedap hati. Daripada cermin pandang sisi saya nampak ‘mat pet’ (lelaki di bawah pengaruh dadah) ni terus melulu laju datang ke arah kereta. Kemudian saya segera tekan butang lock dari dalam kereta,” kata Fyra ketika dihubungi mStar.

Kata Fyra yang bekerja di sebuah spa kecantikan di Temerloh, dia bernasib baik masih kerana belum turun dari kenderaan ketika lelaki berkenaan menghampiri mereka dalam kejadian 5 September lalu.

Jelas wanita ini lagi, lebih mendebarkan apabila lelaki yang dalam keadaan tidak terurus itu cuba membuka pintu dan mengetuk cermin kereta.

Fyra bekerja di spa kecantikan Seri Wajah Muslimah Aesthetic, Temerloh, Pahang.

Selain cubaan untuk membuka pintu selama 15 minit, lelaki ini menunjukkan isyarat tangan seolah-olah meminta sesuatu dari Fyra.

“Nampak saja lelaki itu datang dekat kereta saya terus lock pintu kereta. Saya beritahu kawan dekat sebelah sebab dia tak perasan.

Hanya tuhan saja tahu perasaan cemas nak menangis pun ada waktu tu.

NUR HAFIRA

“Masa tengok lelaki tu cuba buka pintu, saya sempat tengok mata dia merah dan menakutkan. Lama juga dia tarik-tarik nak buka pintu tu. Dia intai sambil lekatkan muka pada cermin sebab tu saya boleh nampak muka dia walaupun dah malam.

“Hanya Tuhan saja tahu perasaan cemas nak menangis pun ada waktu tu. Sampai tak terfikir pula nak bunyikan horn kereta sebab dia betul-betul bersandar dekat kereta sambil tarik-tarik pintu,” ujarnya lagi.

Bimbang perkara buruk berlaku Fyra akhirnya mendapatkan bantuan orang awam di sekitar kawasan letak kenderaan itu.

Fyra (kanan) bersama rakan serumahnya.

“Mujur ada yang datang tolong kami pada waktu tu. Mereka tegur dia suruh pergi daripada kawasan itu.

“Alhamdulillah rasa selamat sekejap lepas tu. Selama ni tak terfikir pun akan terjadi dekat diri sendiri perkara ngeri macam ni.

“Biasanya tengok orang lain saja kongsi dekat media sosial kena kacau macam ni.

Wanita ini akui trauma selepas pengalaman diganggu lelaki tidak dikenali itu.

“Perasaan apabila kena dekat batang hidung sendiri tu cemas sampai tak mampu nak fikir. Otak jadi tak berfungsi,” katanya.

Perkongsian Fyra di TikTok meraih lebih 277,000 jumlah tontonan.

Rata-rata netizen turut bimbang kerana perkara seumpama itu boleh berlaku di mana saja pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Fyra menegaskan bahawa video ini dimuat naik adalah bertujuan sebagai peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu kereta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*