Dipertik4i pilih kerakyatan British untuk anak, sekali Dr Amalina ded4h puncanya ini…

KUALA LUMPUR: Pakar bed4h kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.

Namun, kenyataan dimuat naik menerusi hantaran di Instagram (IG) Stories disalahertikan sehingga menerima krit1kan segelintir warga netizen.

Susulan menyedari kenyataannya dipandang serong, Dr Amalina tampil membuat penjelasan dalam IG, baru-baru ini.

Dr Amalina berkata, dia bukan tidak menyukai anaknya mendapat kerakyatan Malaysia, sebaliknya ada beberapa kekangan menghalangnya untuk bersalin di Malaysia.

“Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia berkahwin dengan lelaki bukan warga negara dan bersal1n di luar negara, anak tidak dibenarkan untuk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

“Ada portal media hiburan mensensasikan cerita mengenai warga negara anak saya dan menulis artikel tanpa kebenaran saya.

“Sudah tentu, saya ingin anak menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami adalah warga British. Kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK),” tulisnya dalam IG.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)


Dr Amalina percaya perc4mpuran dua budaya apabila berkahwin dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles akan memberikan kehidupan berwarna-warni. – Foto IG Dr Amalina Bakri

Namun, katanya, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bers4lin disebabkan komitmen kerja.

“Saya kini sedang sarat ham1l dan masih bekerja.

“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk b4yi.

“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Pada masa sama, pakar bed4h yang bertugas di h0spital terkemuka di London itu turut menegur segelintir warga netizen yang menghina dan melemparkan fitnah kepadanya.

“Kepada mereka yang suka mengh1na dan melemparkan fitn4h, saya berada di sini bukan membuat perkara tidak berfaedah.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat ijazah doktor falsafah (PhD) supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang perub4tan

“PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya,” ujarnya.

Kongsinya, latihan pakar dijalani juga dibayar oleh duit cukai rakyat UK selepas bersaing dengan beribu rakyat UK dan graduan antarabangsa untuk mendapat tempat dalam program ini.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat membantu ramai orang dengan kepakaran yang saya ada, insya-Allah. Salahkah saya mahu menuntut ilmu?,” persoalnya.

Dr Amalina kini sedang sarat ham1l anak pertama dan masih bekerja. – Foto IG Dr Amalina Bakri

Wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia sedar ada wanita Malaysia berkahwin dengan warga asing yang masih memperjuangkan hak anak untuk mendapat kerakyatan Malaysia.

“Saya berharap mereka akan menemui jalan penyelesaian.

“Cukuplah dengan kata kes4t dan suka menghukvm orang lain. Marilah kita berkata perkara baik dan mendoakan kesejahteraan orang lain. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui,” katanya.

Tambahnya, anaknya tetap berdar4h k4cukan Melayu walaupun menetap di UK dan berbangsa Inggeris.

“Percampuran dua budaya akan memberikan kehidupan berwarna-warni. Saya akan membesarkan anak untuk memahami nilai Malaysia, agama Islam dan mempelajari bahasa Melayu.

“Pada penghujungnya, tidak kira di mana kami tinggal atau pasport apa yang dipegang, yang penting mereka adalah insan mempunyai nilai moral baik yang boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” katanya.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

KOMEN NETIZEN :

 

Sumber/Kredit : Berita Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*