“Ko jangan…”- G4duh manja tentang ‘madu’, gelagat Aeril Zafrel & Wawa Pancing Perhatian Ramai

Sebut sahaja pasal bermadu, jarang sekali para wanita akan setuju dan begitulah yang membuatkan pasangan pelakon dan usahawan popular ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbaharu menarik perhatian peminat di aplikasi TikTok.

Umum diketahui, Aeril Zafrel antara pelakon lelaki yang jarang terpalit kontroversi dan menyebabkan rumah tangganya dan pelakon jelita, Wawa Zainal cukup disenangi ramai apatah lagi sikap setia mereka antara satu sama lain sehingga menjadi contoh buat orang ramai.

IMG_20220913_154253

Malah kedua-duanya sporting bergurau bersama di media sosial juga membuatkan mereka antara pasangan selebriti yang sentiasa diikuti peminat dan buat apa sahaja tentu mendapat perhatian serta menjadi perbualan ramai. Pun begitu, nampaknya satu gurauan manja antara Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini pula membuatkan kedua-duanya tular.

Ini kerana pasangan ini yang dilihat membuat live di TikTok sempat bergurau mengenai madu dan Wawa Zainal pula memberikan amaran kepadanya serta tentu sahaja dia tahu bahawa ramai pihak menyokongnya.

@acelinaaaa Aeril nak bermadu pulak dah 😖 #wawascarves #wawascarvesfloral #fyp #fypdongggggggg ♬ original sound – acelinaaa – aceline.co


Muat naik tersebut menunjukkan Aeril Zafrel pula sempat mengusik isterinya itu lalu menjadi tumpuan peminat mereka yang turut tercuit hati dengan gelagat pasangan sama cantik, sama padan itu dan ruangan komen pula peminat mendoakan kebahagiaan buat mereka.

“Semoga bahagia…”

Wawa

“Betul 1 Malaysia akan sokong Wawa”

Wawa

“Kelakar ar dorang ni”

IMG_20220913_154432IMG_20220913_154448

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*