“Dia pernah minta cuti Sementara, sebelum..” lizawati ded4h punca & detik terakhir sebelum Aman Shah meninggal..

Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim menlnggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung. Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing. Anne memberitahu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini.

Sementara itu, Harian Metro berjaya menghubungi pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit. “Saya baru melihat jenzahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya. Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Susulan tahun lalu, Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim, 67, berkata, keadaannya kini dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk keluar dari hospital. “Alhamdulillah keadaan saya sudah stabil. Serangan jantung ini tidaklah kuat dan doktor pesan untuk saya berehat selepas keluar hospital nanti. “Buat masa ini saya akan duduk di rumah kakak di Cheng Perwira mungkin untuk satu tempoh yang agak panjang.

Saya perlu berehat buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi. Menurut Aman Shah, kejadian semalam adalah yang kedua berlaku, selepas kali pertama dialaminya di Kota Bharu, Kelantan, 10 Oktober lalu. Beliau berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri dan telah mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Keadaan itu, jelasnya, menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada drama tersebut dan digantikan dengan pelakon lain. “Saya terpaksa menarik diri kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya agak kecewa juga tetapi apa boleh buat itu bukan rezeki saya,” ujarnya. Sumber Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://jawatankerajaan2u.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*