
“Yang mengh1na ni ilmu perfileman pun nak kata asas pun tiada.”
Demikian sinis pengacara Finaz Yunus terhadap sikap segelintir penonton filem tempatan terhadap maklum balas diberikan pada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) sejak ditayangkan di Netflix.
Finaz berkata, seharusnya krit1kan yang diberikan perlu konstruktif dan bukan perl1 atau mengh1na.
“Bukan mudah Malaysia ni nak buat filem berunsurkan patriotik mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sendiri.
“Bila dah ada orang filem buat dan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan daripada rakyat hingga kelas silat penuh dengan pendaftaran baru golongan belia, berbondong-bondong juga hin4an dan krit1kan untuk menjatuhkan diterima.
“Bukanlah nak kata tidak boleh mengkritik, namun biarlah krit.ikan itu konstru.ktif tanpa nada memper.li dan menghi.na. Mana ada filem yang sempurna. Filem Top Gun: Maverick pun banyak yang entah apa-apa dari sudut pandang saya,” katanya.
Finaz menerusi hantaran di Instagram berkata, apa yang masyarakat dan penonton perlu beri perhatian adalah mesej yang ingin disampaikan dalam filem itu.
“Tapi yang perlu kita ‘highlight’ mesej yang ingin disampaikan. Saya pun punya pandangan terdapat kelema.han skrip, konti, jalan cerita yang macam nak cepat habis.
“Namun, saya amat hargai usaha penerbit, pengarah serta semua kru filem Mat Kilau dalam memahamkan rakyat mengenai perjuangan mempertahankan tanah air daripada penja.jah.
“Filem ni tepat pada masanya. Saat belia lupa asal usul pembentukan Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan Mat Kilau ni, mereka yang ga.gal subjek sejarah pun boleh faham serba sedikit perjuangan tok moyang dalam menuntut tanah air sendiri.
“Saya amat berharap akan ada lebih banyak filem yang menceritakan sejarah pembentukan Malaya,” katanya.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HM
Leave a Reply