Sudah Terlambat! Tan4h Masih Merah Keluar Pula Pended4han Anak Kandvng Aman Shah Sendiri!

Dunia hiburan dikejutkan dengan khabar duka pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah, 68 tahun, menghembuskan nafas terakhir selepas melakukan pembe.dahan di Institut Jantung negara (IJN).

Khabar duka itu disahkan anak saudaranya, Muhammad Naufal Abdul Latif kepada BH Online. Difahamkan arw4h sudah lebih setahun menghi.dap pemyakit kencing manis dan jantung malah pernah berdepan beberapa sera.ngan jantung termasuk dirumahnya dua minggu lalu.

Untuk info, pada era 1980 dan 1990-an bakat nyanyian dan lakonan Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abdul Kassim cukup disanjungi.

Lagu popular yang menjadi siulan ialah Adikku Pandai Menari, manakala setiap kali menjelang Syawal, lagu Kepulangan Yang Dinanti pasti menjadi pilihan utama corong-corong radio.

Memiliki personaliti menarik, tinggi lampai dan berwajah tampan menjadikan jejaka kelahiran Johor Bharu itu laris di layar lebar.

Filem Darah Satria lakonannya pasti membangkitkan semangat anak muda menyertai kerjaya sebagai prajurit bagi sesiapa yang menonton. Selain itu, Aman Shah juga membintangi filem Cikgu Sayang, Sayang Ibu dan Bas Konduktor.

Ketika menyertai program hiburan, Pusparama di Singapura, arwah bertindak sebagai hos dan jatuh cinta pandang pertama kepada Farah Diba yang turut membuat persembahan.

Setahun berkenalan, Farah Diba berasal dari Bedok, Singapura ditunangkan bersama arwah pada usia 14 tahun.

Mereka bercinta selama enam tahun dan akhirnya, Aman Shah dan Farah Diba bersanding di Bedok Tampines, Singapura selepas bernikah gantung di Jelebu, Negeri Sembilan pada 1980-an.

Namun, perkahwinan keduanya tidak kekal lama dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Penyanyi dan komposer dari Singapura, Afrah Athasha, 24, bersyukur dapat bertemu ar.wah bapanya, Allahyarham Aman Shah pada majlis pertunangannya di Singapura pada 3 September lalu selepas hampir 20 tahun terpisah.

Biarpun, ia menjadi pertemuan terakhir, Afrah atau nama pentasnya, Zalelo tetap berpuas hati dapat memperkenalkan tunangnya, selain mempertemukan semula ibu dan arwah bapanya.

“Alhamdulillah, saya dapat membawa arwah yang ditemani adiknya, Datuk Abdul Nasser Abu Kassim ke Singapura. Ar.wah pun sudah lama tidak datang ke sini.

“Saya dan ar.wah dapat meluangkan masa selama tiga hari. Ar.wah sempat menemui bakal suami dan ibu selepas sekian lama mereka tidak berjumpa.

“Hubungan arwah dan ibu, Alhamdulillah baik-baik sahaja. Sehingga saat ini, ibu tidak pernah berkahwin lain.

“Apa yang saya tahu, ar.wah adalah cinta pertama dan hanya satu-satunya lelaki dicintai ibu.

“Banyak hikmah di sebalik pertemuan ini, segala-galanya sudah Allah atur. Hubungan kami semakin akrab,” katanya.

Afrah berkata, dia dan ar.wah dipertemukan semula, tiga tahun lalu.

“Hubungan saya dan ar.wah kembali rapat sejak 2019. Namun, kami tidak sempat bertemu selepas penularan pandemik COVID-19, tidak lama kemudian.

“Selalunya, kami hanya berbual menerusi panggilan video, tetapi saya tak puas. Alhamdulillah, arwah hadir pada majlis pertunangan saya di Into The Woods@213 Lavender Street, Singapura,” katanya yang ditemui pada majlis pengebumian arwah Aman Shah.

Arw4h Titip Nasihat

Katanya, dia dan ar.wah banyak berkongsi cerita, apatah lagi, mengejar impian sama bergelar anak seni.

“Mulanya, ar.wah agak bimbang sekiranya saya tidak boleh menempuh hidup sebagai anak seni. Ini disebabkan arwah sendiri melalui banyak kisah baik dan buruk sepanjang bergelar artis.

“Bagaimanapun, saya dapat membuktikan boleh menjaga diri dan tidak terkesan dengan dunia glamor yang menguasai diri,” katanya.

Afrah menambah, ar.wah juga menitipkan banyak nasihat buatnya.

“Arwah menyokong kerjaya seni, malah, kami merancang berkolaborasi menerusi lagu Kepulangan Yang Di Nanti apabila saya memasuki pasaran di Malaysia.

“Namun, nampaknya tidak sempat. Saya akan selalu ingat pesanan ar.wah agar pandai menjaga diri, jangan memalukan keluarga dan sentiasa menjadi manusia baik.

“Saya tahu dunia glamor boleh mengubah manusia, tetapi pesanan ar.wah menjadi panduan hidup saya,” katanya.

Sempat Bergurau, Terke.jut Dapat Panggilan

Katanya, dia datang ke Kuala Lumpur disebabkan menerima tawaran persembahan dan rakaman, semalam.

“Saya tahu ar.wah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembe.dahan memasang kateter belon atau sten, semalam (kelmarin).

“Namun, saya tak sangka keadaan ar.wah tiba-tiba menjadi kriti.kal. Ini kerana kami sempat bergurau, ar.wah beritahu nak balik cepat dan makan sedap-sedap.

“Namun, saya terkejut mendapat panggilan meminta saya dan adik-beradik datang segera. Tetapi, ar.wah pejam mata ketika saya masih dalam penerbangan. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti.

“Walaupun tidak berada di sisi arwa.h sebelum menghembus nafas terakhir, tetapi saya dan abang tetap bersyukur dapat menatap wajah ar.wah buat kali terakhir,” katanya.

Terdahulu, jenaz4h pelakon filem Darah Satria itu dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras untuk penghormatan terakhir, sebelum dikebumikan di Tanah Perkub.uran Islam Alam Damai, jam 10 malam tadi.

Dilahirkan di Johor Bahru, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Adikku Pandai Menari itu meninggalkan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinannya.

 

Sumber :BH, Youtube

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.mediakita.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*