Wajah Seiras Arwah Bapa, Kecantikan Anak Tiara Jacquelina Jadi Bualan Ramai

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengarah hebat, Tiara Jacquelina kan? Baru-baru ini, dia ada memuat naik satu perkongsian yang mencuri tumpuan ramai di laman Instagram miliknya. Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dia mendedikasikan hantaran tersebut kepada anak gadisnya yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Di dalam hantaran tersebut, Tiara memberikan ucapan selamat hari jadi kepada anaknya iaitu Hani Karmila dan turut berkongsikan gambar ‘selfie’ mereka berdua. Dia juga mendoakan yang terbaik untuk anak gadisnya itu dan berharap dia akan sentiasa bahagia, sihat dan berjaya mencapai segala kemahuannya.

Gambar yang dimuat naik itu juga turut menjadi bualan ramai di mana rata-rata netizen memuji kecantikan gadis itu yang mewarisinya dari kedua ibu bapanya. Malah tidak kurang juga yang menyamakan iras wajah gadis itu dengan arwah bapanya, Hani Mohsin terutama bahagian senyumannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)


Sekadar makluman, Hani Karmila merupakan anak hasil perkongsian hidup di antara Tiara dan bekas suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Hani Mohsin. Difahamkan, gadis yang lebih mesra dipanggil sebagai Mila itu merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)


Menariknya lagi, dia juga baru sahaja memenangi pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu kategori 58kg di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memuji kecantikan Hani Karmila yang dikatakan mempunyai iras wajah sama dengan arwah bapanya itu.

“Macam mom dia cantik.”

anak

“Senyuman Mila sama betul dengan senyuman arwah Daddy dia…”

hani mohsin

“Sebijik macam arwah Hani Mohsin.”

hani karmila

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*