“Makin Menjadi Adalah..,” Penampilan Terbaru Leona Tarik Perhatian Netizen

Anak perempuan kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona nampaknya sudah tiba di London, United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran.

Menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram, pempengaruh media sosial itu berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di sekitar kota London.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)


Berdasarkan gambar dikongsi, dia dilihat mengenakan dua lapisan pakaian tetapi bahagian pehanya terdedah sekali gus menarik perhatian pengikutn untuk memberikan pelbagai reaksi.

Di ruangan komen, segelintir netizen menegur soal pemakaiannya dengan menilai gadis itu kononnya masih tidak berubah walaupun berada di UK yang terkenal dengan cuaca sejuk.

Bagaimanapun, ada juga individu menitipkan pesanan supaya Leona menjaga diri apatah lagi berada di tempat yang belum menjadi kebiasaan buat dirinya.

Terdahulu, Azhar menerusi sebuah posting di Instagram berharap anaknya itu akan tampil dengan imej baharu sebalik pulang ke tanah air kelak.

“Saya tidak rasa sedih sangat, mungkin kerana mereka sudah mengembara ke seluruh negara sejak kecil dengan menyertai pelbagai program.

“Tempoh tiga tahun tidak lama dan cukup masa untuk Leona pulang dengan imej baharu. United Kingdom sejuk,” tulisnya.

 

Sumber : OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:www.motifviral.dnqj.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*