Malu bapa j4tuh motor, sikit pun tak tolong… anak dilabel ‘Tanggang moden’! Sekolah beri penjelasan, hati-hati kejar ‘like’

VIDEO yang tular menunjukkan seorang bapa yang jatuh dari motosikal sewaktu menghantar anak perempuannya ke sekolah mengundang sebak.

Menerusi rakaman dari papan pemuka sebuah kereta di tepi jalan luar kawasan sekolah, anak perempuannya yang memakai baju seragam sekolah hanya sekadar melihat bapanya jatuh di atas jalan tanpa bertindak untuk membantu mengangkatnya.

Pelajar berkenaan hanya berdiri sambil memandang sekeliling sebelum seorang lelaki datang dari arah kereta yang membuat rakaman untuk membantu mengangkat pakcik tersebut.

anak biar ayah jatuh motor 3

Seorang lelaki membantu mengangkat seorang bapa yang jatuh di atas jalan.

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu menimbulkan pelbagai reaksi dan tuduhan dengan rata-ratanya mengecam pelajar tersebut kerana tidak membantu bapanya yang jatuh.

“Adik, sepatutnya hang bangga ada ayah yang boleh ambil hantar hang sekolah, boleh dia tengok orang keliling takut nampak dia malu.

“Allah kecil lagi hang dah malu macam tu. Sedihlah,” demikian keterangan seorang pengguna TikTok yang berkongsi semula video milik pengguna lain.

“Aku benci betul tengok perangai anak macam ni, kau balik jelah jalan kaki lepas ni dik. Jangan menyusahkan bapa kau. Harap kau sedar dengan kesalahan b*d*h kau tu.

anak biar ayah jatuh motor 4

Tangkap layar video mengutuk anak kepada penunggang motosikal.

“Boleh tengok saja ayah dia jatuh motor, adui.

“Ayah boleh korban diri besarkan anak, tapi anak ermmm,” demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun, Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah membuat penafian berhubung video tersebut dan memberi penjelasan mengenai perkara yang sebenar.

anak biar ayah jatuh motor 5

Antara komen netizen mengecam tindakan seorang anak membiarkan bapanya jatuh tanpa memberi bantuan.

Sekolah di Besut, Terengganu itu memaklumkan bahawa anak kepada penunggang motosikal itu adalah pelajar lembam, sekali gus menjawab persoalan dan tuduhan mengenai reaksinya ketika kejadian.

“Pelajar kita ni pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun.

Berhati-hati dalam mengejar ‘like’, tak semua yang kita lihat itu seperti sangkaan kita.

FACEBOOK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NASIRUDDIN SHAH

“Kasihan pelajar ni, semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran,” tulisnya.

Malah, sekolah tersebut juga menggesa pengguna TikTok memadam video tersebut atas salah faham yang berlaku kerana mengundang kecaman banyak pihak.

anak biar ayah jatuh motor 1

Penjelasan mengenai video yang tular.

“Mohon panjangkan kepada pemilik TikTok ini. Delete video ini. Amat mengguris hati warga Semnash Besut. Mohon jai-99 mohon maaf kepada pelajar dan keluarga mereka.

“Berhati-hati dalam mengejar ‘like’, tak semua yang kita lihat itu seperti sangkaan kita. Tidak perlu komen negatif,” menurut keterangan di Facebook tersebut.

Video asal yang dikongsi di TikTok tersebut telah pun dipadamkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*