[VIDEO] Hairul Azreen ‘Booking’ Satu Pesawat Bawa Staf Ke Pulau Redang

Sebut sahaja nama pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mesti terbayang percutian mewah menaiki jet peribadi, kapal layar dan meninjau kawasan pergunungan bersalji dengan menaiki helikopter di New Zealand, pada Ogos lalu.

Rombongan naik flight

@hairul_azreen88

1 flight untuk team Cakenis

♬ original sound – Hairul Azreen


Terbaru, Hairul berkongsi momen ke Pulau Redang, Terengganu bersama staf Hanis untuk jenama Cakenis. Bukan seperti rombongan biasa, Hairul memilih kapal terbang sebagai pengangkutan utama ke pulau peranginan itu.

Menerusi video di TikTok, aktor berumur 34 tahun menyatakan pesawat itu dikhaskan untuk dirinya dan keluarga serta pekerja-pekerja.

Difahamkan, mereka ke sana bagi menjalankan penggambaran untuk produk baharu keluaran Cakenis.

Untung staf

Semestinya, perkongsian pemilik nama Hairul Azreen Idris mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada peminat. Rata-ratanya menyifatkan rombongan itu luar biasa kerana tidak menggunakan perkhidmatan bas.

Di samping, ada juga yang memuji dengan sikap mulia pasangan ini yang tidak lokek berbelanja kepada staf yang sudah bekerja keras.

Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah menjadi bualan kerana pergi bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter pada Oktober tahun lalu.

Keluarga itu juga berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan Tan Sri Vincent Tan selepas dipelawa secara tidak sengaja ketika bercuti di pulau berkenaan.

Pada awal Januari lalu, Hairul dan Hanis sekali lagi dipelawa menaiki jet peribadi jutawan itu ketika bercuti.

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan Yusof Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3.

 

Sumber: TikTok @hairul_azreen88

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*